11 Disember 2008

Lama tak update..

Fuiyyo.. lama dah tak update blog ni... ada lagi ke pembacanya ni? Hehehe..

Takde apa la sgt yg aku nak update kat sini.. banyak citer aku dah curahkan kat fotopage tu..
Bebaru ni Raya Haji, byk la jugak lembu dan kambing ditumbangkan.. kat Masjid Expo je 10 ekor.. tu pun tak termasuk yg nak tumbangkan lembu /kambing di rumah sendiri..
GSL ari ni pun ada buat majlis tumbangkan lembu gak.. tapi bukan la atas maksud korban, cuma atas maksud sedekah je.. entah la samada aku termasuk dalam list ke idak dalam maksud tu..Sebab majlis ni dibuat kat quarters.. Aku ni kira 'org luar' la walopun dah lama aku jadi staff GSL ni.. pi meghenyeh kat sana kang tak pasal2 lak nanti kena sound "lu sapa?" karang..jadi panas pulak..hohoho.. ada hati yg terluka nanti..tapi tadi dah ada wakil quarters jemput aku tolong2 siang daging dan kenduri malam ni..tapi nak siang daging kebendenya.., dah jemput pun last minit.. mana la nak cari pisau , parang , goloknya.. kalu nak mintak tolong makan tu boleh le.. hehehe..
Itu je la apa yg terlintas dalam kepala aku sekarang.. sekadar nak update..

17 Oktober 2008

Syawal 1429H

Nak citer pasal raya ke? Takyah la kot.. sebab aku dah citer skit dah kat gebang fp.. malas nak ulang citer byk kali..

Syawal dah 17 hari hari ni.. rumah terbuka kelihatan di sana sini.. kebanyakan ahli politik la yg buat..in fact.. tahun ni aku tak dpt byk undangan.. kawan2 aku sorang pun tak buat.. GSL tahun ni tak dgr pun ura2 nak buat open house..agaknya itu la petanda ekonomi meleset kot..huhuhu..

Fikir punya pikir open house time raya ni dah jadi cam trend.. org nak mai umah pun kalu kena jemput open house baru la nak mai.. kalu setakat hidang kueh raya tu pakat juih mulut je la.. kalu tak di zahirkan, juih mulut dalam hati je ..hahaha.. (ada ka?)..
Budak2 zaman skang pun lebih bersikap direct.. " kami datang beraya dan nak duit raya..".. fuh! dasyat lagi power punya ayat..anak sapa la ni.. tak kenal pun.. even anak2 sedara aku pun tak penah aku dgr cakap camni.. "Takpe la.. budak2.."
Ini bukan citer rekaan.. ini citer betul2 yg aku alami sendiri di Hari Raya bebaru ni..

Pikirkan lagi.. org sekarang ni kebanyakan lebih memandangkan kebendaan.. roh Hari Raya tu tak dihayati.. Ikut trend tu boleh tapi biarlah di landasan yg betul.. Amalan ziarah tu adalah lebih besar nilainya dari makan-minum dan wang ringgit.. Kita pun tak hidup lama di dunia ni..Nak ziarah tak payah la tunggu dijemput.. tak payah tunggu Hari Raya pun..sekiranya ada kasih dan ingatan didalam hati pergilah menziarah sementara org yg kita nak ziarah tu masih bernafas..

Lagi sekali.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..

25 September 2008

Dah Nak Raya Dah..

Hari ni harga minyak turun lagi 10sen. Alhamdulillah..

Tup-tap-tup-tap gedebuk gedebak hari ni dah 25 Ramadhan, kurang seminggu lagi dah nak Raya..InsyaAllah.. semoga hari raya tahun ini akan lebih bermakna.
Tahun ni aku sekeluarga akan beraya di Taiping dulu.. Ada la jugak aturcara program yg serba ringkas yg dah di aturkan tapi takleh la nak tulis kat sini.. nanti tak surprise.. huhuhu.. Maton dan Ziti serta keluarga mereka pun dengarnya akan balik beraya kat sini.. hmm.. bagus la.. Bertambah meriah la nanti noo..
Alona pun sekarang ni dah mula sibuk kat dapur dgn biskut2nya.. Hujung minggu ni pun aku dah ada tugas2 menunggu.. Tahun ni persiapan aku sekeluarga sederhana saja.. maklum la.. aku ni keje swasta, kalu kerajaan tu ada la jugak dpt duit raya.. kan..? Hehehe.. Namun begitu Alhamdulillah, dgn rezki yg ada dpt la jugak aku sediakan bajet utk baju raya anak2 aku selai dua.. Apa2 pun Raya tetap Raya..

Ramadhan tahun ini byk kenangan manis yg berlaku dlm keluarga aku.. dan kenangan2 ini juga aku harap akan menjadi ingatan kepada aku, alona dan anak2 aku di masa akan datang.. InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bersama lagi di Ramadhan tahun depan..

Di hari di mana bulan Ramadhan hampir2 melabuhkan tirainya, aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sesiapa yg rajin baca blog aku yg tak seberapa ini..

Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga yg sama2 tumpang bernafas di bumi Allah yg bertuah ini..

Yang Benar,
Mohd Fadzil Aizam
NorFazlina Abdul Jalil
Muhammad Farisz Aizam
Muhammad Faizulhilmi Aizam
Nur Farisya Balqisz

12 September 2008

Tinggalkan Satu Peluru

Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru
Mana tahu?
Dah jadi hantu

Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan
Siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah menghelah mencuri mimpi

Di mana helang terbang ke situku tuju
Biar pun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari ku pergi
Asalkan ku menang

Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa, hidup dan mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah di puja

(Artis: M.Nasir)

04 September 2008

Sebuah Renungan dan Peringatan

Kalau ghibah dalam Islam disebut sebagai suatu dosa, maka ada suatu perbuatan yang lebih berat lagi, iaitu mengadu domba (namimah). Iaitu memindahkan omongan seseorang kepada orang yang dibicarakan itu dengan suatu tujuan untuk menimbulkan permusuhan antara sesama manusia, mengotori kejernihan pergaulan dan atau menambahkan keruhnya pergaulan.
Al-Quran menurunkan ayat yang mencela perbuatan hina ini sejak permulaan masa Mekah. Firman Allah:-
"Dan jangan kamu tunduk kepada orang yang suka sumpah yang hina, yang suka mencela orang, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba."-- Quran 10-11

Dan sabda Rasulullah saw
"Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba" HR BUKHARI DAN MUSLIM

QATTAT kadang-kadang disebut juga NAMMAM, iaitu seorang berkumpul bersama orang banyak yang sedang, membicarakan suatu perbicaraan, kemudian dia menghasut mereka.
Dan QATTAT itu sendiri, iaitu seseorang yang memperdengarkan sesuatu kepada orang banyak padahal mereka tidak mengetahuinya, kemudian dia menghasut mereka itu.
Rasulullah saw pernah bersabda:-
"Sejelek-jelek hamba Allah iaitu orang-orang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba, yang memecah belah antara kekasih, yang suka mencari-cari cacat orang-orang yang baik. - HR Ahmad"

Islam dalam rangka memadamkan pertengkaran dan mendamaikan pertentangan, membolehkan kepada juru pendamai itu untuk merahsiakan omongan tidak baik yang dia ketahui dari omongan baik yang tidak di dengarnya. Seperti yang dikatakan Nabi dalam hadisnya:-
"Tidak termasuk dusta orang yang mendamaikan omongan jelek, kemudian cepat-cepat memindahkan omongan itu dengan menambah-nambah untuk memperdayakan atau kerana senang adanya kehancuran dan kerusakan."

Islam sangat membenci orang-orang yang suka mendengarkan omongan jelek, kemudian cepat-cepat memindahkan omongan itu dengan menambahkan-nambahkan untuk memperdayakan atau kerana senang adanya kehancuran dan kerusakan.
Manusia semacam ini tidak mau membatasi diri sampai kepada apa yang didengar itu saja, sebab keinginan untuk menghancurkan itulah yang mendorongnya menambahkan omongan yang mereka dengar. Dan jika mereka tidak mendengar, mereka berdusta.
Kata seorang penyair:-
"Kalau mereka mendengar kebaikan, disembunyikan Dan kalau mendengarkan kejelakan, disiarkan Tetapi jika tidak mendengar apa-apa, ia berdusta."

Ada seorang laki-laki masuk ke tempat Umar b Abdul Aziz, kemudian membicarakan tentang hal seseorang yang tidak disukainya. Maka berkatalah Umar kepada si laki-laki tersebut: kalau boleh kami akan menyelidiki permasalahan mu itu. Tetapi jika kamu berdusta, maka kamu tergolong orang yang disebutkan dalam ayat ini.
"Jika datang kepada mu seorang fasiq dengan membawa suatu berita, maka selidikilah." - Surah Hujurat 6

Dan jika kamu benar, maka kamu tergolong orang disebutkan dalam ayat:-
"Orang yang suka mencela, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba" - Surah Qalam 11

Tetapi kalau kamu suka, saya akan memberi pengampunan. Maka jawab orang laki-laki tersebut: "pengampunan saja ya amiral mu'minin, saya berjanji tidak berulangi lagi."

-Syekh Muhammad Yusuf El Qardlawi

03 September 2008

Masakan Pokok Bergoyang..

Masakan pokok bergoyang kalau tak ade angin atau monyet yang menggoyangkan pokok itu.. Itu lah yg aku boleh describe kan situasi sekarang ni.. Nampaknya ada pihak yg masih tak senang lagi dengan kehadiran satu blog ni, padahal takde pun citer pasal kisah diorg.. Agaknya diorg dah takde kain yg nak dijaga.. terpaksa jaga tepi kain org lain.. huhuhu..Tak malu ke? Dulu kononnya nak buat hal sendiri.. nak jaga keluarga sendiri.. awat la tak pi jaga? Yg hang dok sibuk org lain punya cerita tu pasal apa? Siap jadi tukang baca cerita lagi.. pastu taruk lak kicap dan ajinomoto.. kalu sedap takpe la, ni rasa haprak.. harkk tui!!

Masing2 la ni dah tua.. rasanya tak payah la aku nak ingatkan tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka tentang org2 yg suka membesar2kan cerita ni.. Nasihat aku elok la dah tua2 ni , tambah pulak di bulan Ramadan yg mulia ni kalu rasa dah takde keje tu bukalah kitab, kalu takde kitab, carilah ustaz.. kalu ustaz pun takde pi la ngaji kat surau2 atau masjid2..Ada la juga fadhilatnya..

Dalam hal ni aku pun takde la nak menegakkan benang yg basah.. aku akui mmg ada salah aku dan penulis blog itu jugak.. salah tanggapan sebenarnya.. sebab selama ni aku anggap cerita2 picisan mcm tu ditulis utk KENANGAN sendiri aje.. Berniat nak memburukkan seseorang jauh sekali.. Bagi aku kisah2 camtu takde la org yg nak ambil tahu pun.. takde le org nak kisah pun.. Bak kata sorang tu : "cerita2 boring"..Mmg betul pun..Sebab aku sendiri pun mmg tak kisah nak amik tau hal2 org yg aku sendiri TAKMAU kisah..

Alih2 aku terpaksa la jugak menghadkan pembaca2 bagi blog tersebut.. siapakah pembaca pilihannya tak payah la di sebut di sini.. sudah semestinya org2 yg boleh masuk baca tu ialah org2 yg telah terpilih oleh panel, yg berfikiran terbuka, yg reti bahasa dan mmg boleh dipercayai sahaja..

So, aku harap dengan tindakan aku dan penulis blog menghadkan pembaca ini dpt memuaskan hati semua pihak .. dan kepada pihak yg dok selalu dok mengintai-ngintai tu.. "dah puas hati ka?" ..You want it and you get it!.. dah.. pi main jauh2 dan jaga kain hang elok2..!!

-Wak Mustar

01 September 2008

Selamat Berpuasa..

Selamat mengerjakan ibadah Puasa.. ucapan kepada diriku sendiri dan kepada pelawat2 blog Akarkita yg tak seberapa ini.. Hayatilah apa yg terkandung dalam ibadah puasa yg mulia lagi diberkati..insyaAllah..

04 Ogos 2008

Dusun Durian dan Ladang Limau Padang Rengas

sambungan kisah..
Bertolak dari rumah Haji Alias di Bukit Gantang tu, jam dah tunjuk kul 4pm, tak lama lepas tu Mak call tanya jadi ke idak ke Pdg Rengas.. aku kata jadi tapi kami masih lagi di Bkt Gantang.. Pastu Alona pun ckp la kat bebudak tu, balik karang mandi cepat2 sbb lepas tu nak ke Pdg Rengas lak.. merungut2 la diorg bila dgr camtu..hehehe.. Mmg la, kalu ikutkan aku pun letih juga tapi dah janji ngan mak nak pi.. lagi pun aku mmg teringin benor nak tgk dusun durian abah yg dah lebih 10 tahun aku tak jengok tu..
sampai je kat umah dah dekat kul 4.30pm dah.. bebudak tu pi mandi2 dulu.. aku relax2 jap sambil minum kopi.. alona berkemas2 apa yg patut, kasi nobi dan tomei makan, basuh baju and so-on laa..Lepas dah bersiap2 lebih kurang, kami ke umah mak.. Mak dah tunggu kami kat meja depan tu sambil baca kosmo..Mak kata abah tak ikut sebab jaga Mak Ndak.. Aku pun keluarkan van, terus menuju ke Padang Rengas..
Sampai di Bukit Berapit, budak2 tu senyap je kat belakang.. tido kot..letih ke Badung Camp tadi..talipon Pak Long, suruh tunggu kat simpang je..Pak long kata "aku mana ada keter".. laa.. pulak.. "Ok..Pak Long tunggu kat umah.." Sampai umah Pak Long dah pukul 5.30pm..Paklong pun dah bersiap2 dgn parang panjang berkilatnya..huhuhu..Depan umah Paklong skang ni dah rupa bengkel la pulak, dgn lori sebijik, toyota hilux sebijik.. dgn tools dan besi2, kayu2 yg bersepak sana sini..huhuhu.. wan dan adam tgh bakar apa ntah depan tu.. Tak lama di umah Pak Long, kami terus ke dusun..bawa paklong sekali..sambil2 tu Pak Long citer yg keternya masuk workshop, baru kena accident..
Aku mintak paklong tunjuk simpang nak masuk ke dusun tu, dah lama dak pi, dah lupa dah..Pak Long kata "lantak kat hang!" hehehe.. biasa la ayat pak Long.. Rupanya jalan ke dusun tu dah boleh naik dgn keter dah.. jalan pun dah cantik berturap.. tapi kecik je la.. ngam2 je dgn van tu. Sampai kat dusun, van leh parking kat tepi jalan..kami pun tinjau2 la sekeliling, paklong tunjuk beberapa bj durian yg gugur.."diterajang dek kera!" kata Pak Long.. Huii.. sayangnya.. buah besar2 lak tu..Pemandangan kat dusun tu mmg tak jauh beza dr dulu, cuma yg berbeza ialah pokoknya yg dah besar2.. pokok jering pun dah susah nak di kait buahnya sebab dah terlalu tinggi..Pondok pun dah takde dah.. tinggal tapak je.. Pak Long kata tak guna buat pondok sebab org selalu curi.. kayu, zink..pastu kalu kalu bukan musim durian, jadi port diorg lak buat keje2 yg tak berfaedah lak..hmm..
Lepas kutip beberapa biji durian kami pun turun balik, jam dah kul 6 lebih.. Pastu Paklong ajak pi tgk Ladang Limau dia lak..Walopun mak dah ajak balik tapi aku dan alona 'on' je.. alang2 dah sampai situ.. Ladang Limau Pak Long terletak tak jauh dari umah Pak Long.. dulunya bendang, skang dah jadi Ladang Limau..Paklong kata limau2nya dia 'tolak' kat pasar malam, pasaraya, market..harga dalam rm1.50-rm2 sekilo..Sehari boleh kutip dalam 100-200 kilo.., "tapi tak tahan lutut la , pasal nak buat keje mengutip tu kena berlutut...", kata Pak Long.. Mmg cantik pemandangan kat situ, alona pun snap la sana sini.. tapi oleh kerana hari pun dah nak gelap, kualiti gambar pun tak brp elok sgt la.. Dah abis sesi melawat kami pun ke umah Paklong semula utk antar Pak Long balik.. Oleh sebab hari pun dah beransur senja, kami pun tak lama di umah Pak Long dan minta diri untuk balik..
Sampai kat Kamunting hari pun dah gelap..singgah Masa katering jap sebab nak isi perut yg dah lapor..

31 Julai 2008

Badung Camp

Setelah berharu-biru pada hari sabtu semalam, pagi Ahadnya pulak kami ke Badung Camp pulak.. tapi trip kali ni mmg dah ada dalam perancangan.. Sebenarnya plan nak pegi hari sabtu, tapi kebetulan anak2 pak Haji Alias (pemilik badungcamp http://badungcamp.fotopages.com/) pun ada yg bersekolah pada hari tu , maka plan di tunda lak pada hari Ahad.. Ada hikmahnya.. kalu tak lagi bercelaru la citer semalam.. huhuhu..

Seawal 9.00 pagi, selepas bersarapan ala kadar kami bertolak dari rumah menuju ke Bukit Gantang. Sambil2 tu msg Aji Alias yg kami on the way ke sana.. Sampai di umah Aji Alias, tgk Pak aji dah bersiap2 dah, Kak Rubi pun dah siap masak nasi dgn lauk2nya dan bubuh dalam mangkuk tingkat yg krom berkilat tu. Mmg rapi persediaan yg dibuat oleh Pak Aji dan kak Rubi ni.... Aku tgk kat whiteboard rumah pak aji siap ada map lagi.. agaknya untuk rujukan anak2nya nanti.

Lebih kurang kul 10am kami bergerak menuju ke badungcamp yg terletak lbh kurang 3km dari situ. Pak aji dan anak2nya arip, iliya dan sheila naik motor (3 bj motor) sementara anak dia yg nama Akma tu naik keter bersama kami..Kak Rubi tak ikut sekali sebab takut nanti semput katanya.. huhuhu..sampai dikaki bukit, setelah memakir kereta di tepi jalan, kami menapak lak. Pak aji kata jaraknya ke badung camp dari situ ialah 1.5km aje.. orait la tu..

Pak aji sorang je naik motor ke atas..siap ada raga di belakang.. sebab senang nak angkut barang2 ke atas dan nak angkut hasil dusun bila turun nanti..

Perjalanan mendaki mengambil masa lebih kurang 1/2 jam, di samping tu pak aji siap bagi assignment lagi kat anak2nya yg bertajuk 'tumbuh-tumbuhan yg boleh di makan dan mempunyai nilai komersial'.. huhuhu.. dasat pak aji ni.. jadi sambil jalan2 tu kena la melihat dan mengenal pokok2 di sekitar.. bagus idea ni.. aku, alona dan anak2 aku pun boleh belajar sekali..

Sampai di badungcamp kami berehat sekejap di pondok yg satu2nya terdapat kat situ..sambil tu kutip2 buah durian yg gugur dan acara latihan meniti diadakan utk anak2..Selain pokok durian, ada jugak pokok2 limau dan manggis di situ.. tapi yg paling best, ada anak sungai berhampiran dgn tanah dusun pak aji Alias ni..Mukabumi yg berbatu di situ telah membentuk tingkatan2 air terjun secara semulajadinya.. memang cantik..mmg berbaloi..Di kesempatan ini aku dan alona mendokumentasikan dalam bentuk video dan gambar sebagai kenangan.. Lama juga kami di situ.. geng bebudak la yg paling seronok, menggelongsor sana sini.. aku tak join sekali sebab sibuk sgt explore air terjun tu.. ada ketikanya stop sekejap kopek durian pulak.. pastu sambung lagi..panjat sana, panjat sini, snap sana snap sini...tak cukup dgn gambar, shoot video plak..Pastu lapar balik..hehehe.. Pak Aji siap bawak sotong kering lagi.. fuh.. bakar sotong pulak kat situ.. Bab bakar2 ni along la yg paling suka.. tunggu sampai habis sotong2 kering tu..Budak2 yg seronok mandi tadi pun lapar.. sejuk terketar2 dah..Bekalan yg disediakan Kak Rubi tu la jadi sasaran, sedap Kak Rubi masak.. selera betol kami makan..sampai bertambah2..hehehe.. sambil2 makan tu aku talipon mak.. tanya jadi tak ke Pdg Rengas ptg ni..mak kata kalau jadi kul 4pm..
Lebih kurang kul 2pm, kami pun berkemas2 untuk balik, sebelum tu pungut durian dan letak dalam raga atas motor, korek pokok tepus, panjat pokok manggis lagi.. dapat la dlm 20 bj.. tu pun tak termasuk yg dah di makan! Pastu kami pun berduyun2 la turun (sambil dgr lagu tango2 dari h/p salah sorang anak aji alias.. hehehe..).
Lebih Kurang kul 3pm, sampai kat umah Aji Alias semula..ingatkan nak terus balik tapi Kak Rubi hidang air pulak..Kena la lepak jap..Lagi pun Hj Alias nak pi kebun dia nak amik rambutan..aku ikut sekali..bawak motor Aji.. takde la jauh sgt.. tak sampai 1 km pun..Pak Aji kata kebun tu ada la dalam 1 ekar.. bekas sawah padi.. durian ada, rambutan ada, cili api pun ada..Selepas sudah kait rambutan dan petik cili api kat kebun tu lebih kurang, aku dan Pak Aji kembali semula ke rumah Pak Aji..Beberapa minit kemudian kami pun mintak diri utk balik....Pak Aji bekalkan kami dgn durian dan rambutan..huhuhu..berbanyak terima kasih la Pak Aji dan Kak Rubi atas layanan kat kami ari tu.. ada umur kita buat lagi.. InsyaAllah..
Alhamdulillah.. segalanya selamat..tiada sebarang masalah dan kemalangan serius berlaku sepanjang aktiviti ini.. setakat tergelincir skit2 tu biasa la...

Ada lagi nak citer ni.. bersambung la pulak..

30 Julai 2008

Haru-biru!

Sejak 2 menjak ni terasa sibuk sgt lak diri ku ini... sampaikan nak lepak2 hujung minggu pun dah takde masa. Bukan sibuk pasal keje sgt tapi sibuk dengan aktiviti2 yg tetiba je muncul tanpa rancangan.
Bebaru ni dapat panggilan dari Mak suruh aku amik video majlis bertunang anak dia (Saiful dan Atikah)..Laa.. last minit baru nak kasitau.. mak kata atas permintaan Makcik Jama sendiri.. hehehe..(ni mesti ada org yg tlg promote ni kan..tapi takpe la..). Kelam kabut gak la ari tu, dah la along dan angah sekolah ari sabtu tu (ganti cuti raya), alona lak kena gi meeting PIBG KE-2 kul 12tghari (kes cikgu tipon last minit gak ni..). Susah gak kalu takde alona ni.. sebab alona ni mmg tugas dia amik still pic. huhuhu.. Mau tak mau dalam kul 11 lebih pi jugak la ke umah Makcik Jama yg terletak kat Tmn Mewah tu..Meriah gak, siap 1 khemah (cap BN, huhuhu) dgn buffet nasi lemak lagi, tapi aku tak sempat nak makan pasal dah tak cukup masa.. Lagi pun baru je lepas makan di Selera Malam terminal di Taiping tadi..Lepas shooting apa yg patut, hantar alona lak ke sekolah KE.. alona kata nak mintak kuar awal, sekali dgn along dan angah.. Sementara menunggu tu aku merayau la dulu..kedai games, kedai majalah dan Taiping Headworks (sebab nak terkencing..). Kat Taiping Headworks, pagar tutup.. jenuh tekan loceng tapi tak sapa pun bukak.. hampes betul.. terpaksa la aku undur (jalan kecik, takleh U-turn) dan tahan kencing.. huhuhu.. Kul 12.50pm Mak call kata depa dah sampai Bagan Serai..
Tepat kul 1 tghari aku dah terjengol kat dpn sekolah, lepas tu kami pun terus ke Bagan Serai, sambil2 tu call mak tanya lokasi umah tunang si saipol tu.. rupanya kat Taman Serai Permai, Matang Gerdu, Bagan Serai.. (dengar Mak sebut mcm Batang Perdu.. hehehe). sampai je kat umah tu terus je masuk, tgk2 tgh sesi sarung cincin.. Abah dah abis cakap dah.. (abah diminta jadi jurucakap pada hari tu..) alona sempat la amik gambar (versi lakonan semula.. hihihi), aku tak sempat nak shoot pun babak tu pasal org ramai sgt, sempat amik gambar salam2 dan cium2 pipi je..amik gambar dalam bilik, hantaran dll.. canteeek.. Tapi hidangan tuan rumah mmg best.. nasi dan lauk2 kampung..dgn sayur keladi masak asamnya, dgn sambal bacangnya, dengan ulam petainya..fuh.. mmg bertambah2 aku makan walopun dari tadi dok tahan kencing..
Balik dari Bagan Serai singgah kejap di umah Makcik Jama sekali lagi.. utk shoot apa yg patut..versi 'selepas' pulak.. Dah shoot lebih kurang kat umah tu kami pun mintak diri utk balik.. Tapi kami tak terus balik.. sebaliknya kami ke Giant jap. Sampai kat Giant aku pi tandas dulu.. (fuh! legaaa.. siap ada bau petai lagi.. hehehehe). Tujuan ke Giant ialah utk beli khemah along/angah.. Tujuan beli khemah tu sbb ari Jumaat ni along dan angah terlibat dalam aktiviti perkhemahan di sekolahnya.. Bukan takde khemah tapi khemah yg ada tu besar sgt, 6 men punya.. ntah reti ke idak along pasang tu nanti.. tak sesuai utk diorang. Jadi, beli yg 2 men punya.. Lepas shoping lebih kurang kat situ, alona beli aiskrim plak kat luar giant tu.. (aktiviti biasa bila pi giant.. ) Lepas makan ais krim kat giant tu baru la kami balik ke expo.. Penat kami tak abis lagi.. esoknya ada aktiviti lain plak menanti.. ber..sambung lak citer ni ..huhuhu..

16 Julai 2008

Sibuk..

Dah lama tak update blog ni.. sibuk betul la aku sejak 2 menjak ni.. sejak minyak naik rm2.70 ari tu rasa sibuk lak aku.. hehehe.. Alasan yg clithe.. ye la.. aku pun mcm org lain gak.. ada masa sibuk ada masa tak sibuk.. tapi bohong la plak kalu ada yg kata dirinya itu sibuk memanjang 24 jam.. PM pun takde la sibuk sampai camtu!

Aku pun takde mende yg aku nak citer.. kalu aku citer pun balik2 pun itu la jugak.. selebihnya rajin2 la jengok fotopage tu.. kebelakangan ni aku mmg rajin update fotopage.. Nak harap adik beradik yg lain tlg updatekan.. emm.. rasanya takyah la aku nak harapkan sesapa.. blog ni pun aku takde target siapa pembacanya.. aku ikhlas menulis walopun tulisan aku ntahapa-hapa..cuma buat masa sekarang ni aku nak low profile je.. alona pun nak low profile.. cuma jika tak pepasal kena ketuk kepala je aku akan jadi high profile skit.. huhuhu.. Bukan nak mempertahankan sesapapun tapi cuma untuk mempertahankan kebenaran diri sendiri apa salahnya.. Orang lain nak diamkan diri itu diorg punya pasal.. Selama ni aku adil atas diri aku sendiri.. kalu betul aku kata betul dah kalu salah aku akan ngaku salah.. dan aku takde masalah dengan semua tu..

Setelah sekian lama menyepikan diri dari aku dan alona ..sekali sekala tu ada terdengar gak sayup2 suara dari timur jauh sana.. walo pun tak direct, aku cuma jadi pendengar je la.. dah org nak citer takkan le nak tutup telinga plak.. kann.. Dengar mcm ada sesuatu tapi aku tak brp pasti ape maksudnya...OK stop la sampai sini bab ni.. taknak komen ..

20-22 Jun - Aku dan family menyertai rombongan GSL Family Trip ke Langkawi.. sebagai group yg pertama ke sana..keseluruhannya mmg puas hati la.. taknak citer lebih2 pasal semuanya alona dah citerkan dalam blognya..

Bebaru ni Makcik Bonah dah kembali ke Rahmatullah. Aku tak sempat nak lawat jenazah atas sebab2 yg aku takleh nak elak.. Al-Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

Kat selinsing sekarang musim rambutan.. semua pokok berbuah lebat. Pokok yg besar tu pun lebat buahnya.. buah pun sedap dan lemak berkrim disukai ramai.. huhuhu.. Manggis pun tak kurang hebatnya.. kira tahun ni mmg puas la anak-cucu Haji Aizam dan Hjh Aishah makan rambutan dan manggis.. Durian selinsing nampaknya tak menjadi tahun ni.. Kat Pdg Rengas tak tau la.. Pak Long Tahir pun senyap je.. maknanya takde apa2 berita lagi la tu..

23 Mei 2008

Minggu Fitness!

Aku rasa minggu ni adalah merupakan minggu fitness bagi aku dan alona.. bukanlah minggu2 yang lain tu kami tak fit tapi semenjak mendaftar sebagai ahli Gym kat Komplek Sukan (Rakan Muda) pada selasa ari tu, alona setiap petang ke situ.. aku lak, ari selasa, khamis.. balik keje je terus la ke situ... huhuhu.. ni kalu tak fit mmg saje je la.. dah la gym kat tempat keje lagi..badminton lagi.. ari ni (jumaat) tak tau lagi la petang ni.. rasanya nak pi lagi kot.. rasa syok lak pi gym ni..dah la dekat dgn umah, murah lak tu (rm10 sebulan).. barang2 dia semuanya baru..Jiva (instructor) tu kata akan ada lagi barang2 yang nak di tambah.. haa.. elok la tu.. barang2 yang ada ni pun macam tak cukup je.. ahli ramai.. terpaksa tunggu turn.. yang paling org suka main treadmill la.. kebanyakkannya makcik2 je la yg suka sgt main treadmill ni (agaknya tak reti nak main benda lain kot.. heheh).. dah tu pulak nak tunggu turn punya la lama.. manatak.. main treadmill cuma jalan2 laju je.. bagi aku kalu setakan jalan2 camtu kat luar pun boleh..apa daa.. Nasib baik la bahagian bodybuilding tu tak ramai sgt yang usik.. takde la aku tension sgt.. Ramai gak kawan yang aku jumpa di situ.. Man Silverstone, Anand dan beberapa lagi yang aku tak ingat nama tapi kenal rupa.. Ada diantaranya dulu adalah member QR gym.. sekarang ntah la.. tapi kalu masih member apsal lak main kat situ yang serba kekurangan .. kan?
Sebelum ni ada la jugak main kat gym QR dekat fajar tu.. tapi main pun sebagai guest je.. rm5. Kira kat Taiping aku rasa setakat ni gym ni la yang terbesar.. diorang sewa 2 blok di tingkat atas tu..Yang best pasal gym ni, barang2 dia agak lengkap gak la.. kira kalau nak main semua mesin memang tak cukup tenaga..huhuhu..nak jadi member agak mahal la jugak, tak berbaloi lak aku rasa kalu sebulan rm50-rm60 utk gym.. kat Taiping ni kalu nak bisness takleh la demand tinggi sgt, kalu tak mmg tak lama lagi bungkus la.. Ini bukan KL! Bebaru ni ada lagi satu gym baru buka di Simpang.. ahli rm30, guest rm3.. mcm qr gym dulu2 la.. harga ni aku rasa masih releven lagi..

14 Mei 2008

Ntah laa..

Agak lama jugak aku tak menulis kat sini.. mesti korang tertunggu-tunggu tulisan aku ni kan? ahak.. ahaks..
Bebaru ni aku baru je abis main Obscure aftermath tu.. game best tapi aiyakk! apsal la pendek sgt.. wa rasa baru je warm up.. Kesian kat along tak puas main.. lepas tu aku kasi dia sambung main kingdom heart plak.. dah sampai kampong Tarzan..
Buat masa ni aku stop dulu main game.. anak2 nak periksa, Pilus pun periksa gak..tapi tetap maintain bangun tengahari.. bukan apa, bangun tengahari ni kan tak bagus untuk otak..? Aku ni sekali sekala sebagai pak sedara yang berwibawa tegur2 la jugak..Walopun Pilus tu takde la memprotes ke hapa ke (mmg dgn aku dia tak berani, dgn mak dia lain skit..hehehe) tapi maleh la nak tegur anak org lebih2 plak.. Anak2 aku pun bukannya bagus sangat..Melentur buluh biar dari rebung, nanti dah tua-tua nanti memang susah nak lentur dah.. silap2 buluh tu libas kita balik.. huhuhu.. padan muka..
Ntah la.. kekadang aku pelik dengan sesetengah manusia ni.. bab nak komplen orang cukup mudah tapi bab nak menerima teguran tu paling susah.. Kalau time kecik2 dulu boleh la gurau-gurau kasar, tapi sekarang ni dah tua-tua usik sikit-skit pun dah melenting macam orang gila...Itu belum masuk bab depan kita cakap lain, belakang cakap lain lagi..hah?! Ada ka? ..ada.. tapi tak payah la aku cerita kat sini.. Aku ni bukan la nak gembar-gemburkan cerita, cuma aku ni suka nak mengenang.. Sebenarnya aku sampai sekarang ni masih tak jumpa jawapan apa sebenarnya salah aku dan Alona ari tu..
Aku rasa dalam blog ni tak payah la aku tulis cerita sesapa pun.., aku cerita hal aku dah la.. Lantak la kan.. dah aku yang buat blog ni..aku punya suka la..kalu korang nak baca, baca la.. kalu taknak baca, masih banyak lagi website lain..

05 Mei 2008

Kecoh

Semalam layan game Obscure ngan along dan Pilus.. syok gak layan game tu, sampai 3-4 jam pun tak rasa.. adventure abis.. Petangnya pulak gi gym.. Memula tu ajak si Pilus tapi dia taknak sebab nak ikut mama dia ke SP jemput kakak Yui dia.. Yui dah abis semestar, nak balik bercuti panjang la tu.. kul 4.45pm, depa pi dengan teksi Abg Mail, takpe la.. aku pi sorang je la gym tu.. lama dah tak layan QR gym kat Kamunting ni.. yang bestnya sebab tak ramai orang sgt.. agaknya sebab cuaca panas kot.. lantak la.. boleh la aku main besi2 sesuka hati, walopun sebenarnya badan aku bukannya larat sangat.. ari sabtu sebelum tu dah la Panjat Bukit di sebelah pagi dan main badminton plak di sebelah petang.. aii.. terover aktif lak aku ni kan..? Alhamdulillah.. semoga kesihatan yang Allah berikan kepada aku ini berpanjangan lah hendakNya..

Hmmm.. nampaknya blog yang aku tulis ni ada juga pembacanya ekk.. Feedback-feedback yang aku dengar secara tak rasminya ari tu menunjukkan ada jugak yang prihatin tentang apa yang aku tuliskan sebelum ni, bagus la.. rajin2 la jengok.. Seperti biasa la.. aku tak akan dedahkan identiti sesapa yang terlibat tu kat sini, aku dah kasi klu, pandai2 la korek.. ada ramai ajen kat sini, bukannya korang tak kenal.. tapi korek pun jangan sampai nak menyusahkan aku pulak ..beretika la sikit.. kalau sungguhpun ada niat nak susahkan aku tu.. pikir la 2 kali ...nanti tak pasal2 je nama korang 'popular' kat sini.. sendiri mau ingat la kan...

02 Mei 2008

Gemparan Pagi

Sejak akhir-akhir ni tak hujan pulak.. bila tak hujan, panas.. rasa macam nak demam pun ada. Semalam cuti Hari Pekerja.. aku sekeluarga memang menafaatkan cuti itu sepenuhnya..makan-makan di tempat along Fathin bekerja tu, pegi Giant, pegi Tesco, karaoke, tido..huhuhu.. memang nikmat.. Alhamdulillah..

Pagi tadi sebelum pergi kerja aku terima berita yang agak menggemparkan, agak mengecewakan dari Kak Nor.. Ntah la.. aku pun tak tau nak kata apa2 lagi.. ku harapkan cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Adik beradik aku yang sorang ni tak habis-habis dengan masalah. Aku cuma mampu berdoa agar Allah sentiasa melindungi dia sekeluarga dan dibukakan jalan-jalan untuk dia menyelesaikan masalahnya itu..

Dalam pada itu aku dengar adik beradik aku yang sorang lagi ni dah dapat kerja baru, kalu betul Alhadulillah la, semoga dia beroleh kejayaan dengan kerja barunya itu.
Ingatlah pesanan orang dulu-kala, masa kita senang jangan lah kita lupa zaman kita susah, kerana kesusahan itu adalah 'guru' kita yang paling setia..

21 April 2008

Terkenang Semasa Dulu..

"Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk ku abadikan..
Tiap wajah berkisah
Tiap madah beerti
Manakah ilham ku?"

Lagu M.Nasir ni tiba2 je menerjah kepala ku bila aku nak mula menulis..

Aku ni bukan la kaki menulis sgt.. ada mood kalu baru la laju menulis walopun dgn 2-3 jari je, tapi 2-3 jari yang menaip ni la menjadikannya cukup utk menceritakan segala kisah.. insyaAllah..

Bebaru ni aku layan citer Bas Kondaktor.. ala.. citer lakonan Maideen dan Pi'e tu la.. Bukan la sebab aku minat sgt citer tu tapi ianya membawa pelbagai kenangan lalu.. kekadang aku layan gak citer ala2 lawak bodoh Z. Lokman camtu bila dah takde benda nak layan. Nanti aku nak cari citer Keluarga si Comat atau Sikit Punya Gila pulak.. itu pun kalau masih dijual atau terdapat dimana2..huhuhu.. Kalau aku ke Youtube pun kekadang aku cari 'theme' siri TV dulu2 yg aku ingat.. Lost in Space, Six Million Dollar man, Man from Atlantis, Combat, Toriton dan lain2 yg sezaman dengannya..bila tgk jer, zasss.. tetiba je rasa macam berada di zaman tu..


Manusia tidak akan lepas dari di usik kenangan, ada kala kenangan itu mengembirakan dan adakalanya disebaliknya. Semakin lama hidup semakin banyak la kenangan yang akan tercipta.

Kematian.. satu perkataan yang tak ramai orang yang suka menyebutnya apatah lagi mengenangnya.. tapi ianya adalah suatu yang pasti berlaku ke atas setiap dari kita.
Bila aku bersendirian, adakalanya terbayanglah aku orang2 yang pernah aku kenal rupanya telah ramai yang telah pergi ke Rahmatullah.. Tok Su Ibrahim, Tok Lang Baha, Tok Ngah Talib, Tok Aki ,Pah Hendon, Abg Tajol, Pak Uda, Pakngah Hassan, Tok Cik Salleh..dan beberapa lagi.. Yang Patah tumbuh, yang hilang berganti.. cuma selalunya yang tumbuh dan berganti tak sama dengan yang telah patah dan hilang itu..Semoga roh mereka di cucuri Rahmat dan ditempatkan didalam orang-orang yang Allah sayangi.. Amin.

Ada di kalangan mereka yang telah pergi itu , aku tak rapat sangat tapi dulu kalau berjumpa di mana-mana tu aku akan menegur mereka, bertanya khabar. Tiada apa yang perlu aku ralatkan..Aku rasa aku dah buat apakah yang sepatutnya..sebagai cucu, sebagai anak, sebagai anak saudara, sebagai ipar dan sekurang-kurangnya sebagai manusia..
Betul seperti kata-kata yang clithe..yang pergi biarkan pergi, yang hidup teruskan dengan kehidupan..cuma yang hidup itu perlulah ingat : "Mati adalah Pasti, Hidup InsyaAllah".

17 April 2008

Gebang Forum ditutup..

Assalamu'alaikum..
Terus terang aku katakan aku amat kesal atas apa yang berlaku di Gebang Forum baru2 ni. Enough is enough.. tiada apa yg perlu dipertikaikan lagi. Bukan takut pada bayang2 sendiri atau tak berani menghadapi.. tapi cukup lah..Kita semua ada keluarga dan seterusnya akan berkembang menjadi dahan2 dan ranting2 yang baru dalam sistem atau pohon kekeluargaan kita. Aku runtuhkan forum ini kerana aku rasa bertanggungjawab dan tak mahu generasi kita akan datang menjadikannya bahan untuk mereka mempersendakan kita suatu hari esok. Forum boleh diruntuhkan dan dibina semula bila2 masa ,oleh sesiapa pun tapi perhubungan yang runtuh akan mengambil masa untuk dipulihkan semula..
Dari hati yang ikhlas, aku dan Alona ingin memohon maaf sekiranya ada perkataan2 kami yang mengguris hati, menghina, menyindir , mengungkit atau apa2 yang tak elok selama kita bergebang.. walaupun sebenarnya itu bukanlah maksud kami.
Mana yg buruk jadikan sempadan, mana yang baik jadikanlah teladan, jadikanlah segalanya sebagai peringatan dan cermin untuk kita semua. Jangan takut kepada sejarah yang kita cipta . Jangan salahkan sejarah yang kita lakar sebaliknya jadikanlah sejarah sebagai wadah untuk kita memperbaiki diri.
Adalah tidak adil untuk kami menyalahkan sesiapa, begitu juga tidak adilnya sesesiapa untuk menyalahkan kami tanpa ada sebab2 yang benar. Pada aku, tiada siapa yang salah dan tiada sesiapapun yang benar kerana yang salah datangnya dari sangkaan-sangkaan yang terburu-buru serta tanpa usul periksa dan yang benar datangnya dari sikap ego yang tak terkawal.
Semoga kita semua belajar dari kesilapan dan kebodohan yang lalu. Semoga kita dipertemukan lagi..
Wasallam.

22 Februari 2008

Bertukar Wajah


Assalamu'alaikum wbt...




Laman Web Akarkita bertukar wajah sikit kali ni.. Saja je aku masukkan elemen blog dalam website ni supaya senang aku nak update apa2 yang patut.. Nak tunggu korang semua menulis kat gebang akarkita tu.. bak kata Fauziah Nawi.."haghamm".. Buang karan je..hehehe.. tapi korang jgn le risau pasal korang pun boleh menulis gak kat sini kalu mau.. sekurang2nya dalam ruangan komen tu ye..


Buat masa ni aku takde nak bercerita panjang.. cuma nak test je blog ni.. Mungkin kalu ada kesempatan aku akan menulis lagi..Seperti biasa harapan aku agar perhubungan kita perpanjangan..