16 Julai 2008

Sibuk..

Dah lama tak update blog ni.. sibuk betul la aku sejak 2 menjak ni.. sejak minyak naik rm2.70 ari tu rasa sibuk lak aku.. hehehe.. Alasan yg clithe.. ye la.. aku pun mcm org lain gak.. ada masa sibuk ada masa tak sibuk.. tapi bohong la plak kalu ada yg kata dirinya itu sibuk memanjang 24 jam.. PM pun takde la sibuk sampai camtu!

Aku pun takde mende yg aku nak citer.. kalu aku citer pun balik2 pun itu la jugak.. selebihnya rajin2 la jengok fotopage tu.. kebelakangan ni aku mmg rajin update fotopage.. Nak harap adik beradik yg lain tlg updatekan.. emm.. rasanya takyah la aku nak harapkan sesapa.. blog ni pun aku takde target siapa pembacanya.. aku ikhlas menulis walopun tulisan aku ntahapa-hapa..cuma buat masa sekarang ni aku nak low profile je.. alona pun nak low profile.. cuma jika tak pepasal kena ketuk kepala je aku akan jadi high profile skit.. huhuhu.. Bukan nak mempertahankan sesapapun tapi cuma untuk mempertahankan kebenaran diri sendiri apa salahnya.. Orang lain nak diamkan diri itu diorg punya pasal.. Selama ni aku adil atas diri aku sendiri.. kalu betul aku kata betul dah kalu salah aku akan ngaku salah.. dan aku takde masalah dengan semua tu..

Setelah sekian lama menyepikan diri dari aku dan alona ..sekali sekala tu ada terdengar gak sayup2 suara dari timur jauh sana.. walo pun tak direct, aku cuma jadi pendengar je la.. dah org nak citer takkan le nak tutup telinga plak.. kann.. Dengar mcm ada sesuatu tapi aku tak brp pasti ape maksudnya...OK stop la sampai sini bab ni.. taknak komen ..

20-22 Jun - Aku dan family menyertai rombongan GSL Family Trip ke Langkawi.. sebagai group yg pertama ke sana..keseluruhannya mmg puas hati la.. taknak citer lebih2 pasal semuanya alona dah citerkan dalam blognya..

Bebaru ni Makcik Bonah dah kembali ke Rahmatullah. Aku tak sempat nak lawat jenazah atas sebab2 yg aku takleh nak elak.. Al-Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

Kat selinsing sekarang musim rambutan.. semua pokok berbuah lebat. Pokok yg besar tu pun lebat buahnya.. buah pun sedap dan lemak berkrim disukai ramai.. huhuhu.. Manggis pun tak kurang hebatnya.. kira tahun ni mmg puas la anak-cucu Haji Aizam dan Hjh Aishah makan rambutan dan manggis.. Durian selinsing nampaknya tak menjadi tahun ni.. Kat Pdg Rengas tak tau la.. Pak Long Tahir pun senyap je.. maknanya takde apa2 berita lagi la tu..

Tiada ulasan: