03 September 2008

Masakan Pokok Bergoyang..

Masakan pokok bergoyang kalau tak ade angin atau monyet yang menggoyangkan pokok itu.. Itu lah yg aku boleh describe kan situasi sekarang ni.. Nampaknya ada pihak yg masih tak senang lagi dengan kehadiran satu blog ni, padahal takde pun citer pasal kisah diorg.. Agaknya diorg dah takde kain yg nak dijaga.. terpaksa jaga tepi kain org lain.. huhuhu..Tak malu ke? Dulu kononnya nak buat hal sendiri.. nak jaga keluarga sendiri.. awat la tak pi jaga? Yg hang dok sibuk org lain punya cerita tu pasal apa? Siap jadi tukang baca cerita lagi.. pastu taruk lak kicap dan ajinomoto.. kalu sedap takpe la, ni rasa haprak.. harkk tui!!

Masing2 la ni dah tua.. rasanya tak payah la aku nak ingatkan tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka tentang org2 yg suka membesar2kan cerita ni.. Nasihat aku elok la dah tua2 ni , tambah pulak di bulan Ramadan yg mulia ni kalu rasa dah takde keje tu bukalah kitab, kalu takde kitab, carilah ustaz.. kalu ustaz pun takde pi la ngaji kat surau2 atau masjid2..Ada la juga fadhilatnya..

Dalam hal ni aku pun takde la nak menegakkan benang yg basah.. aku akui mmg ada salah aku dan penulis blog itu jugak.. salah tanggapan sebenarnya.. sebab selama ni aku anggap cerita2 picisan mcm tu ditulis utk KENANGAN sendiri aje.. Berniat nak memburukkan seseorang jauh sekali.. Bagi aku kisah2 camtu takde la org yg nak ambil tahu pun.. takde le org nak kisah pun.. Bak kata sorang tu : "cerita2 boring"..Mmg betul pun..Sebab aku sendiri pun mmg tak kisah nak amik tau hal2 org yg aku sendiri TAKMAU kisah..

Alih2 aku terpaksa la jugak menghadkan pembaca2 bagi blog tersebut.. siapakah pembaca pilihannya tak payah la di sebut di sini.. sudah semestinya org2 yg boleh masuk baca tu ialah org2 yg telah terpilih oleh panel, yg berfikiran terbuka, yg reti bahasa dan mmg boleh dipercayai sahaja..

So, aku harap dengan tindakan aku dan penulis blog menghadkan pembaca ini dpt memuaskan hati semua pihak .. dan kepada pihak yg dok selalu dok mengintai-ngintai tu.. "dah puas hati ka?" ..You want it and you get it!.. dah.. pi main jauh2 dan jaga kain hang elok2..!!

-Wak Mustar

Tiada ulasan: