25 September 2008

Dah Nak Raya Dah..

Hari ni harga minyak turun lagi 10sen. Alhamdulillah..

Tup-tap-tup-tap gedebuk gedebak hari ni dah 25 Ramadhan, kurang seminggu lagi dah nak Raya..InsyaAllah.. semoga hari raya tahun ini akan lebih bermakna.
Tahun ni aku sekeluarga akan beraya di Taiping dulu.. Ada la jugak aturcara program yg serba ringkas yg dah di aturkan tapi takleh la nak tulis kat sini.. nanti tak surprise.. huhuhu.. Maton dan Ziti serta keluarga mereka pun dengarnya akan balik beraya kat sini.. hmm.. bagus la.. Bertambah meriah la nanti noo..
Alona pun sekarang ni dah mula sibuk kat dapur dgn biskut2nya.. Hujung minggu ni pun aku dah ada tugas2 menunggu.. Tahun ni persiapan aku sekeluarga sederhana saja.. maklum la.. aku ni keje swasta, kalu kerajaan tu ada la jugak dpt duit raya.. kan..? Hehehe.. Namun begitu Alhamdulillah, dgn rezki yg ada dpt la jugak aku sediakan bajet utk baju raya anak2 aku selai dua.. Apa2 pun Raya tetap Raya..

Ramadhan tahun ini byk kenangan manis yg berlaku dlm keluarga aku.. dan kenangan2 ini juga aku harap akan menjadi ingatan kepada aku, alona dan anak2 aku di masa akan datang.. InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bersama lagi di Ramadhan tahun depan..

Di hari di mana bulan Ramadhan hampir2 melabuhkan tirainya, aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sesiapa yg rajin baca blog aku yg tak seberapa ini..

Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga yg sama2 tumpang bernafas di bumi Allah yg bertuah ini..

Yang Benar,
Mohd Fadzil Aizam
NorFazlina Abdul Jalil
Muhammad Farisz Aizam
Muhammad Faizulhilmi Aizam
Nur Farisya Balqisz

12 September 2008

Tinggalkan Satu Peluru

Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru
Mana tahu?
Dah jadi hantu

Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan
Siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah menghelah mencuri mimpi

Di mana helang terbang ke situku tuju
Biar pun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari ku pergi
Asalkan ku menang

Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa, hidup dan mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah di puja

(Artis: M.Nasir)

04 September 2008

Sebuah Renungan dan Peringatan

Kalau ghibah dalam Islam disebut sebagai suatu dosa, maka ada suatu perbuatan yang lebih berat lagi, iaitu mengadu domba (namimah). Iaitu memindahkan omongan seseorang kepada orang yang dibicarakan itu dengan suatu tujuan untuk menimbulkan permusuhan antara sesama manusia, mengotori kejernihan pergaulan dan atau menambahkan keruhnya pergaulan.
Al-Quran menurunkan ayat yang mencela perbuatan hina ini sejak permulaan masa Mekah. Firman Allah:-
"Dan jangan kamu tunduk kepada orang yang suka sumpah yang hina, yang suka mencela orang, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba."-- Quran 10-11

Dan sabda Rasulullah saw
"Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba" HR BUKHARI DAN MUSLIM

QATTAT kadang-kadang disebut juga NAMMAM, iaitu seorang berkumpul bersama orang banyak yang sedang, membicarakan suatu perbicaraan, kemudian dia menghasut mereka.
Dan QATTAT itu sendiri, iaitu seseorang yang memperdengarkan sesuatu kepada orang banyak padahal mereka tidak mengetahuinya, kemudian dia menghasut mereka itu.
Rasulullah saw pernah bersabda:-
"Sejelek-jelek hamba Allah iaitu orang-orang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba, yang memecah belah antara kekasih, yang suka mencari-cari cacat orang-orang yang baik. - HR Ahmad"

Islam dalam rangka memadamkan pertengkaran dan mendamaikan pertentangan, membolehkan kepada juru pendamai itu untuk merahsiakan omongan tidak baik yang dia ketahui dari omongan baik yang tidak di dengarnya. Seperti yang dikatakan Nabi dalam hadisnya:-
"Tidak termasuk dusta orang yang mendamaikan omongan jelek, kemudian cepat-cepat memindahkan omongan itu dengan menambah-nambah untuk memperdayakan atau kerana senang adanya kehancuran dan kerusakan."

Islam sangat membenci orang-orang yang suka mendengarkan omongan jelek, kemudian cepat-cepat memindahkan omongan itu dengan menambahkan-nambahkan untuk memperdayakan atau kerana senang adanya kehancuran dan kerusakan.
Manusia semacam ini tidak mau membatasi diri sampai kepada apa yang didengar itu saja, sebab keinginan untuk menghancurkan itulah yang mendorongnya menambahkan omongan yang mereka dengar. Dan jika mereka tidak mendengar, mereka berdusta.
Kata seorang penyair:-
"Kalau mereka mendengar kebaikan, disembunyikan Dan kalau mendengarkan kejelakan, disiarkan Tetapi jika tidak mendengar apa-apa, ia berdusta."

Ada seorang laki-laki masuk ke tempat Umar b Abdul Aziz, kemudian membicarakan tentang hal seseorang yang tidak disukainya. Maka berkatalah Umar kepada si laki-laki tersebut: kalau boleh kami akan menyelidiki permasalahan mu itu. Tetapi jika kamu berdusta, maka kamu tergolong orang yang disebutkan dalam ayat ini.
"Jika datang kepada mu seorang fasiq dengan membawa suatu berita, maka selidikilah." - Surah Hujurat 6

Dan jika kamu benar, maka kamu tergolong orang disebutkan dalam ayat:-
"Orang yang suka mencela, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba" - Surah Qalam 11

Tetapi kalau kamu suka, saya akan memberi pengampunan. Maka jawab orang laki-laki tersebut: "pengampunan saja ya amiral mu'minin, saya berjanji tidak berulangi lagi."

-Syekh Muhammad Yusuf El Qardlawi

03 September 2008

Masakan Pokok Bergoyang..

Masakan pokok bergoyang kalau tak ade angin atau monyet yang menggoyangkan pokok itu.. Itu lah yg aku boleh describe kan situasi sekarang ni.. Nampaknya ada pihak yg masih tak senang lagi dengan kehadiran satu blog ni, padahal takde pun citer pasal kisah diorg.. Agaknya diorg dah takde kain yg nak dijaga.. terpaksa jaga tepi kain org lain.. huhuhu..Tak malu ke? Dulu kononnya nak buat hal sendiri.. nak jaga keluarga sendiri.. awat la tak pi jaga? Yg hang dok sibuk org lain punya cerita tu pasal apa? Siap jadi tukang baca cerita lagi.. pastu taruk lak kicap dan ajinomoto.. kalu sedap takpe la, ni rasa haprak.. harkk tui!!

Masing2 la ni dah tua.. rasanya tak payah la aku nak ingatkan tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka tentang org2 yg suka membesar2kan cerita ni.. Nasihat aku elok la dah tua2 ni , tambah pulak di bulan Ramadan yg mulia ni kalu rasa dah takde keje tu bukalah kitab, kalu takde kitab, carilah ustaz.. kalu ustaz pun takde pi la ngaji kat surau2 atau masjid2..Ada la juga fadhilatnya..

Dalam hal ni aku pun takde la nak menegakkan benang yg basah.. aku akui mmg ada salah aku dan penulis blog itu jugak.. salah tanggapan sebenarnya.. sebab selama ni aku anggap cerita2 picisan mcm tu ditulis utk KENANGAN sendiri aje.. Berniat nak memburukkan seseorang jauh sekali.. Bagi aku kisah2 camtu takde la org yg nak ambil tahu pun.. takde le org nak kisah pun.. Bak kata sorang tu : "cerita2 boring"..Mmg betul pun..Sebab aku sendiri pun mmg tak kisah nak amik tau hal2 org yg aku sendiri TAKMAU kisah..

Alih2 aku terpaksa la jugak menghadkan pembaca2 bagi blog tersebut.. siapakah pembaca pilihannya tak payah la di sebut di sini.. sudah semestinya org2 yg boleh masuk baca tu ialah org2 yg telah terpilih oleh panel, yg berfikiran terbuka, yg reti bahasa dan mmg boleh dipercayai sahaja..

So, aku harap dengan tindakan aku dan penulis blog menghadkan pembaca ini dpt memuaskan hati semua pihak .. dan kepada pihak yg dok selalu dok mengintai-ngintai tu.. "dah puas hati ka?" ..You want it and you get it!.. dah.. pi main jauh2 dan jaga kain hang elok2..!!

-Wak Mustar

01 September 2008

Selamat Berpuasa..

Selamat mengerjakan ibadah Puasa.. ucapan kepada diriku sendiri dan kepada pelawat2 blog Akarkita yg tak seberapa ini.. Hayatilah apa yg terkandung dalam ibadah puasa yg mulia lagi diberkati..insyaAllah..