17 April 2008

Gebang Forum ditutup..

Assalamu'alaikum..
Terus terang aku katakan aku amat kesal atas apa yang berlaku di Gebang Forum baru2 ni. Enough is enough.. tiada apa yg perlu dipertikaikan lagi. Bukan takut pada bayang2 sendiri atau tak berani menghadapi.. tapi cukup lah..Kita semua ada keluarga dan seterusnya akan berkembang menjadi dahan2 dan ranting2 yang baru dalam sistem atau pohon kekeluargaan kita. Aku runtuhkan forum ini kerana aku rasa bertanggungjawab dan tak mahu generasi kita akan datang menjadikannya bahan untuk mereka mempersendakan kita suatu hari esok. Forum boleh diruntuhkan dan dibina semula bila2 masa ,oleh sesiapa pun tapi perhubungan yang runtuh akan mengambil masa untuk dipulihkan semula..
Dari hati yang ikhlas, aku dan Alona ingin memohon maaf sekiranya ada perkataan2 kami yang mengguris hati, menghina, menyindir , mengungkit atau apa2 yang tak elok selama kita bergebang.. walaupun sebenarnya itu bukanlah maksud kami.
Mana yg buruk jadikan sempadan, mana yang baik jadikanlah teladan, jadikanlah segalanya sebagai peringatan dan cermin untuk kita semua. Jangan takut kepada sejarah yang kita cipta . Jangan salahkan sejarah yang kita lakar sebaliknya jadikanlah sejarah sebagai wadah untuk kita memperbaiki diri.
Adalah tidak adil untuk kami menyalahkan sesiapa, begitu juga tidak adilnya sesesiapa untuk menyalahkan kami tanpa ada sebab2 yang benar. Pada aku, tiada siapa yang salah dan tiada sesiapapun yang benar kerana yang salah datangnya dari sangkaan-sangkaan yang terburu-buru serta tanpa usul periksa dan yang benar datangnya dari sikap ego yang tak terkawal.
Semoga kita semua belajar dari kesilapan dan kebodohan yang lalu. Semoga kita dipertemukan lagi..
Wasallam.

Tiada ulasan: