21 Ogos 2009

Salam Ramadan Al-Mubaraq

Ramadhan menjelma lagi..

Semoga kita beroleh Rahmat dan Keberkatan dariNya..  Amin..

Selamat berpuasa..

29 Julai 2009

Aku dan Geocities..

Hmm.. nampaknya jodoh aku dgn Geocities tak panjang.. Setelah sekian lama aku bersama mengharungi suka duka bersama akhirnya Geocities (sekarang ni Yahoo!Geocities) telah menghantar emel kepada aku menyatakan yg diorang akan menutup perkhidmatan free nya..
Selepas bulan oktober nanti, habis la semua website2 yg aku bina dgn geocities akan hilang dari alam cyber ini.. Sedih gak tu.. huhuhu.. Jauh disudut hati aku mengharapkan semua ini hanya gurauan saja..Tapi walau apa pun terjadi aku tetap kena terima hakikat..

Life goes on..

Alona pun dah angkut gambar2nya ke komputer, aku masih tak buat lagi.. Gambar2 lama tu yg paling aku sayang.. nanti akan ku angkut jua.. buat simpanan peribadi je..

Yang tinggal nanti cuma fotopages dan blogspot ni aje lah.. Semoga kedua2 domain ni tak ikut jejak langkah geocities plak..sekurang2nya dalam masa yg terdekat ni.. Kalu tak nanti nangis la bloggers2 kat seluruh dunia.. Huhuhu..

24 April 2009

Apa cerita?

Tup-tap-tup-tap tahun 2009 dah nak hampir separuh berlalu.. bulan April pun dah tinggal bbrp hari lagi..cepatnya masa berlalu..
Apa cerita.. ada byk cerita kalau nak aku ceritakan tapi biarlah cerita2 itu hanya tinggal cerita sahaja.. ..Sebenarnya kat sini aku lebih selesa nak cerita alkisah keluarga aku saja..takde siapa pun yg akan marah.. kalau marah pun aku marah kat diri sendiri..kalau sensitif pun aku sendiri yg terasa sensitifnya..hahaha.. Mungkin org akan kata aku ni syok sendiri.. tapi lantak la, asalkan aku tak menyusahkan org..Jadi kepada anak cucu Hj. Aizam yg nak jugak ceritanya dimasukkan disini, boleh la hantar e-mail kat aku kat eldiair@yahoo.com dan aku akan siarkan dgn izin ataupun kalau nak jadi penulis kat sini pun aku akan benarkan.. takde masalah..no problem at all.. Just e-mail me..

Kebanyakan dari cerita2 aku dah tersiar kat gebang fp dan blog cintamaniszlite, jadi takyah la aku nak post bende yg sama.. Alona mmg rajin update blog dia..kisah dia kisah aku jua.. Ye lah.. kawan2 dia dan adik-beradik dia pun ramai yg dok jauh2 belaka.. jadi itulah salah satu cara dia nak berkomunikasi dan menceritakan kisah suka duka dia. Tu lah.. sekarang ni dunia dah maju.. kalau zaman dulu takde bende internet2 ni.. nak harap talipon je mmg parak duit..nak tulis surat lagi la malas.. sekarang ni dunia mcm dah terasa kecik.. dok kat mana2 ceruk pun masih boleh nampak muka.. sampai Osama bin Laden pun takut nak guna bende2 teknologi ni semua..Teringat aku kat satu iklan TM, "Apalah ertinya teknologi kalau kita tak mahu menggunakannya.." Huhuhu.. ayat yg mmg 'makan dalam' tu..

Salasilah pun aku tak update lagi.. apsal sekarang ni aku rasa macam sibuk sgt?

11 Mac 2009

Mak & Abah dah bercicit!


Ni gambar eksklusif mak dan cicit sulongnya.. anak lelaki sulong kepada Azmyn Nadia dan Morfadzly ni namanya Azim Mikael.. lahir pada 22 Januari 2009 lalu.. Menurut myn, beratnya 3.0kg semasa lahir..

20 Februari 2009

Hepi Besday!!

Seminggu yg lalu aku menyambut hari lahir ku yg ke 40.. Hehehe.. dah masuk geng 40'an dah diri ku ini.. Alhamdulillah.. Selama ini aku bahagia dgn kehidupan aku dan bersyukur atas apa jua yg Allah kurniakan ke atas aku selama ini. Semoga apa yg aku kerjakan selama ini mendapat keberkatan dariNya..

Amin.

04 Februari 2009

Jubli Perak, Cameron Highland dan Tomei

Semalam rakyat Perak cuti.. cuti sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah..Daulat Tuanku!! Tak di nafikan ada yg terpaksa bekerja.. agaknya boleh claim overtime la kot..
Cuti yang sehari tu kami sekeluarga manfaatkannya dgn melancong ke Cameron Highland.. pergi dan balik hari je.. huhuhu..
Ye lah.. sejak di buka jalan Simpang Pulai - Bkt Raja bbrp tahun yg lalu, ke Cameron Highland bukanlah lagi satu destinasi yg memenatkan bagi org2 di utara semenanjung.. 2 jam je dah boleh sampai ke Brinchang kalau dari Taiping. Seperti biasalah.. pemandangan di sepanjang perjalanan mmg menarik.. org pun tak brp ramai sebab hanya negeri Perak aje yg bercuti.. jadi rasanya seperti pergi ke Cameron Highland pada 2004 dulu.. Deja Vu gitu.. huhuhu.. Aku pun taknak bercerita panjang kat sini pasal Cameron Highland ni pasal nanti aku akan ceritakannya di Gebang FP.. Buat masa ni tak update lagi.. tunggu masa yg sesuai dan bergantung juga pada kualiti line streamyx di rumah yg kejap ok kejap tak ok tu..Hehehe..
Sampai rumah jam dah hampir pukul 7pm.. cuma Nobi yg duduk di depan rumah.. mana Tomei? Matikah dia atau ditangkap org kah? Kebiasaannya dia akan ada sekali kat situ.. mengeliat-liat bila nampak kami dah balik..kehilangan Tomei masih menjadi misteri sehingga kini.. sedih juga bila ketiadaan kucing kesayangan keluarga ni..Tak sampai pun setahun lagi umurnya..Harap Tomei akan balik..

05 Januari 2009

Tahun Baru, Cerita Baru..

Selamat Tahun baru 1430H / 2009M kepada semua pembaca blog ini..

Tahun 2009.. satu tahun yang aku nanti2kan sekian lama..tahun yang mungkin akan memberi makna besar bagi aku.. mungkin..apakah itu? Yang pelik aku pun tak pasti apakah itu tapi aku agak pasti sesuatu akan berlaku.. cuma adakah ianya akan memberi impak yang besar atau kecil, Wallahu'alam..
Rasanya masih terlalu awal untuk aku memperkatakan tentang semua itu. Sekiranya masa itu sampai, panjang umurku, maka aku boleh bercerita di sini..InsyaAllah

Tahun 2009, semoga apa yang aku perkirakan sebelum beberapa tahun ini akan terlaksana di depan mata..segalanya berkemungkinan..

Harapan.. tiada apa yang aku perharapkan melainkan kebahagiaan dunia dan akhirat.Itulah juga yg aku doakan selalu. Semoga Allah makbulkan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Amin.