17 Oktober 2008

Syawal 1429H

Nak citer pasal raya ke? Takyah la kot.. sebab aku dah citer skit dah kat gebang fp.. malas nak ulang citer byk kali..

Syawal dah 17 hari hari ni.. rumah terbuka kelihatan di sana sini.. kebanyakan ahli politik la yg buat..in fact.. tahun ni aku tak dpt byk undangan.. kawan2 aku sorang pun tak buat.. GSL tahun ni tak dgr pun ura2 nak buat open house..agaknya itu la petanda ekonomi meleset kot..huhuhu..

Fikir punya pikir open house time raya ni dah jadi cam trend.. org nak mai umah pun kalu kena jemput open house baru la nak mai.. kalu setakat hidang kueh raya tu pakat juih mulut je la.. kalu tak di zahirkan, juih mulut dalam hati je ..hahaha.. (ada ka?)..
Budak2 zaman skang pun lebih bersikap direct.. " kami datang beraya dan nak duit raya..".. fuh! dasyat lagi power punya ayat..anak sapa la ni.. tak kenal pun.. even anak2 sedara aku pun tak penah aku dgr cakap camni.. "Takpe la.. budak2.."
Ini bukan citer rekaan.. ini citer betul2 yg aku alami sendiri di Hari Raya bebaru ni..

Pikirkan lagi.. org sekarang ni kebanyakan lebih memandangkan kebendaan.. roh Hari Raya tu tak dihayati.. Ikut trend tu boleh tapi biarlah di landasan yg betul.. Amalan ziarah tu adalah lebih besar nilainya dari makan-minum dan wang ringgit.. Kita pun tak hidup lama di dunia ni..Nak ziarah tak payah la tunggu dijemput.. tak payah tunggu Hari Raya pun..sekiranya ada kasih dan ingatan didalam hati pergilah menziarah sementara org yg kita nak ziarah tu masih bernafas..

Lagi sekali.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..

Tiada ulasan: