19 Jun 2010

Rombongan cik Esah ke Langkawi..

Aku sekadar nak update aje sebab cerita2nya dah ALoNa citerkan kat blog dia. Tgk aje laa gambar2 kat sini. Gambar ni pun ehsan blog Alona tu. Sengaja aku taruk sini untuk kenangan. Bkn senang jugak nak gi makan2 angin dengan mak, abah sekali dengan famili Kak Nor, famili Maton dan famili Sela.
Sebelum ni kami pernah gak wat trip gi Cameron Highlands beberapa tahun dulu tapi kak nor dan Yui tak ikut sekali. Cuma Piluih saja yg mewakilkan, huhu.
Kali ini..Alhamdulillah famili kak nor pun ada.

Gambar2 di atas adalah sekitar hari pertama berada di bumi Mahsuri iaitu 07hb Jun 2010.

19 April 2010

Cucu terbaru mak

30.03.2010
Hospital Besar Taiping, Perak

Adik aku, Ziti telah selamat melahirkan anak ketiganya yg telah dinamakan Dhia Zaharah Damia.

02 Februari 2010

Hepi Besday Ain & Anis

Pagi Sabtu hari tu...aku nak jogging dgn ALoNa, Angah & Akiss.
Tiba2 tipon kat rumah berbunyi. ALoNa yg angkat.
Rupa-rupanya Sela kol utk menjemput kami semua ke majlis besday yg katanya cuma dibuat kecil-kecilan. Lepas Maghrib katanya...

Lepas Maghrib tu hujan turun dgn lebatnya. Kami ke kedai terlebih dulu utk beli cenderahati utk Ain & Anis yg tak seberapa..hoho..

Abah sedang membaca doa selamat utk majlis tersebut..utk besday girls...dan utk semua. Amin.

Semuanya khusyuk mengaminkan doa yg sedang dibaca oleh Abah.

Tapi tengok lah Anis ni...main cak-cak dgn sape entah laa aku pun tak tau..

Sela dan Anas bergambar bersama anak2 kesayangan.
Hepi besday utk Ain & Anis. Semoga jadi anak yg solehah..

Kata pulut ngan bihun goreng aje..
Tapi tengok laa tu. Penuh satu meja...
Ketat perut aku malam tu.

Tgk Piluih tu..sedap sangat laa tu..bertambah2.

Budak ni mmg suka sgt bergambar. Aku nak ambik gambar pun senang..

Abah dan mak malam tu hepi..Alhamdulillah.
Hepi adalah satu terapi utk tubuh badan jugak.

Jadi...tengok la gambar2 di atas utk menceritakan suasana majlis tu. Malas aku nak taip pjg2.

Hah!! tgk la muka aku tu..
Mmg muka malas nak taip panjang2..

31 Januari 2010

Bahagian akhir di Batu Kurau

Hari ni aku buat edisi last.
Takde cerita apa sangat dh.
Dah takde idea dh ni...

Amik gambar kenangan abah bersama TokLang yg sedang rancak bersembang..

Pengantin bersama saudara-mara dari Kedah.
Entah lah..aku pun tak berapa kenal ngan depa2 ni.

Abg Mail, Amir dan Filzah berlegar2 selepas dh kenyang...haha..

Pengantin bersama bapanya serta ibu2 saudaranya...

Aramakkkk..rajin laa pulak suami si Ayu ni mengagih2kan bunga teloq kat famili isteri dia!!

Bergambar beramai-ramai bersama pengantin. Acara ni adalah satu kemestian kalu pi kenduri kawen saudara-mara...

Dah bergambar tu..acara bersembang2 laa pulak.

Kak Nor, UYui dan Piluih. Turut jadi tukang cukup korum adalah Akiss.

Sedang menapak ke kawasan mesjid semula. Sambil menjinjing beg2 cenderahati masing2..hehe.

Dh balik dari Batu Kurau..mak ajak gi kenduri kak Sal pulak.
Ramai yg tak mau p. Ikutkan aku pun rasa malas je nak p..tp mak beriya mengajak. Jadi...aku, ALoNa, kak nor, Anas dan Amir pun ikut laa mak menapak ke rumah kak Sal.

Yg lain semua makan. Ada yg makan nak merasa2 aje. Ada yg pulun lagi, hehe..

Yang lelaki tu laa anak Kak Sal.
Rombongan pengantin perempuan tu satu bas gak laa mai..

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hatiiii...

28 Januari 2010

Pengantin & soru.....

Sampai2 kat rumah besan Toklang..rupa-rupanya pengantin ada dua pasang la. Satu krim...satu biru..
Aku pun tak tau yg mana satu agaknya Ayu anak Toklang tu. Tapi aku main agak2 aje la. Mesti yg ada rupa Toklang lelaki ataupun Toklang pompuan...
Mesti pengantin karer birru...

Ini laa pasangan pengantin yg merupakan anak Toklang dan menantu toklang..
Katanya Ayu ni keje kat Batu Kurau. Suami dia keje kampung..mungkin keje sendiri laa agaknya kot.

Ni pasangan lagi satu. Yang ni aku tak tau laa pulak mana satu anak tuan rumah. Yang aku tau..salah seorang pengantin ni orang Pahang.

Ni sesi santapan...makan beradab. Walaupun depa makan tak duduk saling mengadap tapi masa makan tu kena la ada adab..kuikui..
Seperti biasa..pengantin tak makan banyak sgt, hoho..

Seronok nampaknya Toklang hari ni..
Tp..Toklang tu aku nampak mcm kurang sihat je hari tu. Dulu bukan main sihat berkawad sana sini, jadi jurulatih BTN dan sebagainya. Tapi biasa laa..orang dh veteran.

Ni sesi kami makan laa pulak. Penuh la dua buah meja pjg khas utk keluarga pengantin tu kami segerombolan yg konker.

Abang Mail seronok dpt cenderahati beg merah. Sebab bukan semua dpt yg tu..
Kami yg lain2 dpt yg beg biru tu aje. Pasal tu pun leh ada sesi mengusik. Biasalah..kalu dpt kat anak2 Hj. Aizam ni..bab usik-mengusik tu jd meriah. Tambah pulak ada Sela, Maton dan ET....kukik..kukik gelak2..

Anak dara kak nor dan anak2 dara kak Idah.

Aku tengah memilih nak makan dadih yg mana satu. Keladi ke stoberi..
Walaupun dadih tu dh cair (mgkn disebabkan cuaca yg sgt hangngat!!)...tapi sedap rasanya..

Sesi bergambar di meja santapan.

Yang lelaki tu anak Toklang dengan wife dia. Entah laa..aku pun tak tau nama dia. Dia pun tak bermalam kat rumah mak. Katanya sebahagian rombongan menginap kat homestay.

Ada lagi...nanti aku sambung. Idea tengah kering ni..tapi disebabkan nak perabeh citer..kena laa gagahkan buat jugak.