23 Mei 2008

Minggu Fitness!

Aku rasa minggu ni adalah merupakan minggu fitness bagi aku dan alona.. bukanlah minggu2 yang lain tu kami tak fit tapi semenjak mendaftar sebagai ahli Gym kat Komplek Sukan (Rakan Muda) pada selasa ari tu, alona setiap petang ke situ.. aku lak, ari selasa, khamis.. balik keje je terus la ke situ... huhuhu.. ni kalu tak fit mmg saje je la.. dah la gym kat tempat keje lagi..badminton lagi.. ari ni (jumaat) tak tau lagi la petang ni.. rasanya nak pi lagi kot.. rasa syok lak pi gym ni..dah la dekat dgn umah, murah lak tu (rm10 sebulan).. barang2 dia semuanya baru..Jiva (instructor) tu kata akan ada lagi barang2 yang nak di tambah.. haa.. elok la tu.. barang2 yang ada ni pun macam tak cukup je.. ahli ramai.. terpaksa tunggu turn.. yang paling org suka main treadmill la.. kebanyakkannya makcik2 je la yg suka sgt main treadmill ni (agaknya tak reti nak main benda lain kot.. heheh).. dah tu pulak nak tunggu turn punya la lama.. manatak.. main treadmill cuma jalan2 laju je.. bagi aku kalu setakan jalan2 camtu kat luar pun boleh..apa daa.. Nasib baik la bahagian bodybuilding tu tak ramai sgt yang usik.. takde la aku tension sgt.. Ramai gak kawan yang aku jumpa di situ.. Man Silverstone, Anand dan beberapa lagi yang aku tak ingat nama tapi kenal rupa.. Ada diantaranya dulu adalah member QR gym.. sekarang ntah la.. tapi kalu masih member apsal lak main kat situ yang serba kekurangan .. kan?
Sebelum ni ada la jugak main kat gym QR dekat fajar tu.. tapi main pun sebagai guest je.. rm5. Kira kat Taiping aku rasa setakat ni gym ni la yang terbesar.. diorang sewa 2 blok di tingkat atas tu..Yang best pasal gym ni, barang2 dia agak lengkap gak la.. kira kalau nak main semua mesin memang tak cukup tenaga..huhuhu..nak jadi member agak mahal la jugak, tak berbaloi lak aku rasa kalu sebulan rm50-rm60 utk gym.. kat Taiping ni kalu nak bisness takleh la demand tinggi sgt, kalu tak mmg tak lama lagi bungkus la.. Ini bukan KL! Bebaru ni ada lagi satu gym baru buka di Simpang.. ahli rm30, guest rm3.. mcm qr gym dulu2 la.. harga ni aku rasa masih releven lagi..

Tiada ulasan: