24 April 2009

Apa cerita?

Tup-tap-tup-tap tahun 2009 dah nak hampir separuh berlalu.. bulan April pun dah tinggal bbrp hari lagi..cepatnya masa berlalu..
Apa cerita.. ada byk cerita kalau nak aku ceritakan tapi biarlah cerita2 itu hanya tinggal cerita sahaja.. ..Sebenarnya kat sini aku lebih selesa nak cerita alkisah keluarga aku saja..takde siapa pun yg akan marah.. kalau marah pun aku marah kat diri sendiri..kalau sensitif pun aku sendiri yg terasa sensitifnya..hahaha.. Mungkin org akan kata aku ni syok sendiri.. tapi lantak la, asalkan aku tak menyusahkan org..Jadi kepada anak cucu Hj. Aizam yg nak jugak ceritanya dimasukkan disini, boleh la hantar e-mail kat aku kat eldiair@yahoo.com dan aku akan siarkan dgn izin ataupun kalau nak jadi penulis kat sini pun aku akan benarkan.. takde masalah..no problem at all.. Just e-mail me..

Kebanyakan dari cerita2 aku dah tersiar kat gebang fp dan blog cintamaniszlite, jadi takyah la aku nak post bende yg sama.. Alona mmg rajin update blog dia..kisah dia kisah aku jua.. Ye lah.. kawan2 dia dan adik-beradik dia pun ramai yg dok jauh2 belaka.. jadi itulah salah satu cara dia nak berkomunikasi dan menceritakan kisah suka duka dia. Tu lah.. sekarang ni dunia dah maju.. kalau zaman dulu takde bende internet2 ni.. nak harap talipon je mmg parak duit..nak tulis surat lagi la malas.. sekarang ni dunia mcm dah terasa kecik.. dok kat mana2 ceruk pun masih boleh nampak muka.. sampai Osama bin Laden pun takut nak guna bende2 teknologi ni semua..Teringat aku kat satu iklan TM, "Apalah ertinya teknologi kalau kita tak mahu menggunakannya.." Huhuhu.. ayat yg mmg 'makan dalam' tu..

Salasilah pun aku tak update lagi.. apsal sekarang ni aku rasa macam sibuk sgt?