02 Mei 2008

Gemparan Pagi

Sejak akhir-akhir ni tak hujan pulak.. bila tak hujan, panas.. rasa macam nak demam pun ada. Semalam cuti Hari Pekerja.. aku sekeluarga memang menafaatkan cuti itu sepenuhnya..makan-makan di tempat along Fathin bekerja tu, pegi Giant, pegi Tesco, karaoke, tido..huhuhu.. memang nikmat.. Alhamdulillah..

Pagi tadi sebelum pergi kerja aku terima berita yang agak menggemparkan, agak mengecewakan dari Kak Nor.. Ntah la.. aku pun tak tau nak kata apa2 lagi.. ku harapkan cerah sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Adik beradik aku yang sorang ni tak habis-habis dengan masalah. Aku cuma mampu berdoa agar Allah sentiasa melindungi dia sekeluarga dan dibukakan jalan-jalan untuk dia menyelesaikan masalahnya itu..

Dalam pada itu aku dengar adik beradik aku yang sorang lagi ni dah dapat kerja baru, kalu betul Alhadulillah la, semoga dia beroleh kejayaan dengan kerja barunya itu.
Ingatlah pesanan orang dulu-kala, masa kita senang jangan lah kita lupa zaman kita susah, kerana kesusahan itu adalah 'guru' kita yang paling setia..

Tiada ulasan: