20 Februari 2009

Hepi Besday!!

Seminggu yg lalu aku menyambut hari lahir ku yg ke 40.. Hehehe.. dah masuk geng 40'an dah diri ku ini.. Alhamdulillah.. Selama ini aku bahagia dgn kehidupan aku dan bersyukur atas apa jua yg Allah kurniakan ke atas aku selama ini. Semoga apa yg aku kerjakan selama ini mendapat keberkatan dariNya..

Amin.

04 Februari 2009

Jubli Perak, Cameron Highland dan Tomei

Semalam rakyat Perak cuti.. cuti sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah..Daulat Tuanku!! Tak di nafikan ada yg terpaksa bekerja.. agaknya boleh claim overtime la kot..
Cuti yang sehari tu kami sekeluarga manfaatkannya dgn melancong ke Cameron Highland.. pergi dan balik hari je.. huhuhu..
Ye lah.. sejak di buka jalan Simpang Pulai - Bkt Raja bbrp tahun yg lalu, ke Cameron Highland bukanlah lagi satu destinasi yg memenatkan bagi org2 di utara semenanjung.. 2 jam je dah boleh sampai ke Brinchang kalau dari Taiping. Seperti biasalah.. pemandangan di sepanjang perjalanan mmg menarik.. org pun tak brp ramai sebab hanya negeri Perak aje yg bercuti.. jadi rasanya seperti pergi ke Cameron Highland pada 2004 dulu.. Deja Vu gitu.. huhuhu.. Aku pun taknak bercerita panjang kat sini pasal Cameron Highland ni pasal nanti aku akan ceritakannya di Gebang FP.. Buat masa ni tak update lagi.. tunggu masa yg sesuai dan bergantung juga pada kualiti line streamyx di rumah yg kejap ok kejap tak ok tu..Hehehe..
Sampai rumah jam dah hampir pukul 7pm.. cuma Nobi yg duduk di depan rumah.. mana Tomei? Matikah dia atau ditangkap org kah? Kebiasaannya dia akan ada sekali kat situ.. mengeliat-liat bila nampak kami dah balik..kehilangan Tomei masih menjadi misteri sehingga kini.. sedih juga bila ketiadaan kucing kesayangan keluarga ni..Tak sampai pun setahun lagi umurnya..Harap Tomei akan balik..