21 April 2008

Terkenang Semasa Dulu..

"Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk ku abadikan..
Tiap wajah berkisah
Tiap madah beerti
Manakah ilham ku?"

Lagu M.Nasir ni tiba2 je menerjah kepala ku bila aku nak mula menulis..

Aku ni bukan la kaki menulis sgt.. ada mood kalu baru la laju menulis walopun dgn 2-3 jari je, tapi 2-3 jari yang menaip ni la menjadikannya cukup utk menceritakan segala kisah.. insyaAllah..

Bebaru ni aku layan citer Bas Kondaktor.. ala.. citer lakonan Maideen dan Pi'e tu la.. Bukan la sebab aku minat sgt citer tu tapi ianya membawa pelbagai kenangan lalu.. kekadang aku layan gak citer ala2 lawak bodoh Z. Lokman camtu bila dah takde benda nak layan. Nanti aku nak cari citer Keluarga si Comat atau Sikit Punya Gila pulak.. itu pun kalau masih dijual atau terdapat dimana2..huhuhu.. Kalau aku ke Youtube pun kekadang aku cari 'theme' siri TV dulu2 yg aku ingat.. Lost in Space, Six Million Dollar man, Man from Atlantis, Combat, Toriton dan lain2 yg sezaman dengannya..bila tgk jer, zasss.. tetiba je rasa macam berada di zaman tu..


Manusia tidak akan lepas dari di usik kenangan, ada kala kenangan itu mengembirakan dan adakalanya disebaliknya. Semakin lama hidup semakin banyak la kenangan yang akan tercipta.

Kematian.. satu perkataan yang tak ramai orang yang suka menyebutnya apatah lagi mengenangnya.. tapi ianya adalah suatu yang pasti berlaku ke atas setiap dari kita.
Bila aku bersendirian, adakalanya terbayanglah aku orang2 yang pernah aku kenal rupanya telah ramai yang telah pergi ke Rahmatullah.. Tok Su Ibrahim, Tok Lang Baha, Tok Ngah Talib, Tok Aki ,Pah Hendon, Abg Tajol, Pak Uda, Pakngah Hassan, Tok Cik Salleh..dan beberapa lagi.. Yang Patah tumbuh, yang hilang berganti.. cuma selalunya yang tumbuh dan berganti tak sama dengan yang telah patah dan hilang itu..Semoga roh mereka di cucuri Rahmat dan ditempatkan didalam orang-orang yang Allah sayangi.. Amin.

Ada di kalangan mereka yang telah pergi itu , aku tak rapat sangat tapi dulu kalau berjumpa di mana-mana tu aku akan menegur mereka, bertanya khabar. Tiada apa yang perlu aku ralatkan..Aku rasa aku dah buat apakah yang sepatutnya..sebagai cucu, sebagai anak, sebagai anak saudara, sebagai ipar dan sekurang-kurangnya sebagai manusia..
Betul seperti kata-kata yang clithe..yang pergi biarkan pergi, yang hidup teruskan dengan kehidupan..cuma yang hidup itu perlulah ingat : "Mati adalah Pasti, Hidup InsyaAllah".

17 April 2008

Gebang Forum ditutup..

Assalamu'alaikum..
Terus terang aku katakan aku amat kesal atas apa yang berlaku di Gebang Forum baru2 ni. Enough is enough.. tiada apa yg perlu dipertikaikan lagi. Bukan takut pada bayang2 sendiri atau tak berani menghadapi.. tapi cukup lah..Kita semua ada keluarga dan seterusnya akan berkembang menjadi dahan2 dan ranting2 yang baru dalam sistem atau pohon kekeluargaan kita. Aku runtuhkan forum ini kerana aku rasa bertanggungjawab dan tak mahu generasi kita akan datang menjadikannya bahan untuk mereka mempersendakan kita suatu hari esok. Forum boleh diruntuhkan dan dibina semula bila2 masa ,oleh sesiapa pun tapi perhubungan yang runtuh akan mengambil masa untuk dipulihkan semula..
Dari hati yang ikhlas, aku dan Alona ingin memohon maaf sekiranya ada perkataan2 kami yang mengguris hati, menghina, menyindir , mengungkit atau apa2 yang tak elok selama kita bergebang.. walaupun sebenarnya itu bukanlah maksud kami.
Mana yg buruk jadikan sempadan, mana yang baik jadikanlah teladan, jadikanlah segalanya sebagai peringatan dan cermin untuk kita semua. Jangan takut kepada sejarah yang kita cipta . Jangan salahkan sejarah yang kita lakar sebaliknya jadikanlah sejarah sebagai wadah untuk kita memperbaiki diri.
Adalah tidak adil untuk kami menyalahkan sesiapa, begitu juga tidak adilnya sesesiapa untuk menyalahkan kami tanpa ada sebab2 yang benar. Pada aku, tiada siapa yang salah dan tiada sesiapapun yang benar kerana yang salah datangnya dari sangkaan-sangkaan yang terburu-buru serta tanpa usul periksa dan yang benar datangnya dari sikap ego yang tak terkawal.
Semoga kita semua belajar dari kesilapan dan kebodohan yang lalu. Semoga kita dipertemukan lagi..
Wasallam.