04 Ogos 2008

Dusun Durian dan Ladang Limau Padang Rengas

sambungan kisah..
Bertolak dari rumah Haji Alias di Bukit Gantang tu, jam dah tunjuk kul 4pm, tak lama lepas tu Mak call tanya jadi ke idak ke Pdg Rengas.. aku kata jadi tapi kami masih lagi di Bkt Gantang.. Pastu Alona pun ckp la kat bebudak tu, balik karang mandi cepat2 sbb lepas tu nak ke Pdg Rengas lak.. merungut2 la diorg bila dgr camtu..hehehe.. Mmg la, kalu ikutkan aku pun letih juga tapi dah janji ngan mak nak pi.. lagi pun aku mmg teringin benor nak tgk dusun durian abah yg dah lebih 10 tahun aku tak jengok tu..
sampai je kat umah dah dekat kul 4.30pm dah.. bebudak tu pi mandi2 dulu.. aku relax2 jap sambil minum kopi.. alona berkemas2 apa yg patut, kasi nobi dan tomei makan, basuh baju and so-on laa..Lepas dah bersiap2 lebih kurang, kami ke umah mak.. Mak dah tunggu kami kat meja depan tu sambil baca kosmo..Mak kata abah tak ikut sebab jaga Mak Ndak.. Aku pun keluarkan van, terus menuju ke Padang Rengas..
Sampai di Bukit Berapit, budak2 tu senyap je kat belakang.. tido kot..letih ke Badung Camp tadi..talipon Pak Long, suruh tunggu kat simpang je..Pak long kata "aku mana ada keter".. laa.. pulak.. "Ok..Pak Long tunggu kat umah.." Sampai umah Pak Long dah pukul 5.30pm..Paklong pun dah bersiap2 dgn parang panjang berkilatnya..huhuhu..Depan umah Paklong skang ni dah rupa bengkel la pulak, dgn lori sebijik, toyota hilux sebijik.. dgn tools dan besi2, kayu2 yg bersepak sana sini..huhuhu.. wan dan adam tgh bakar apa ntah depan tu.. Tak lama di umah Pak Long, kami terus ke dusun..bawa paklong sekali..sambil2 tu Pak Long citer yg keternya masuk workshop, baru kena accident..
Aku mintak paklong tunjuk simpang nak masuk ke dusun tu, dah lama dak pi, dah lupa dah..Pak Long kata "lantak kat hang!" hehehe.. biasa la ayat pak Long.. Rupanya jalan ke dusun tu dah boleh naik dgn keter dah.. jalan pun dah cantik berturap.. tapi kecik je la.. ngam2 je dgn van tu. Sampai kat dusun, van leh parking kat tepi jalan..kami pun tinjau2 la sekeliling, paklong tunjuk beberapa bj durian yg gugur.."diterajang dek kera!" kata Pak Long.. Huii.. sayangnya.. buah besar2 lak tu..Pemandangan kat dusun tu mmg tak jauh beza dr dulu, cuma yg berbeza ialah pokoknya yg dah besar2.. pokok jering pun dah susah nak di kait buahnya sebab dah terlalu tinggi..Pondok pun dah takde dah.. tinggal tapak je.. Pak Long kata tak guna buat pondok sebab org selalu curi.. kayu, zink..pastu kalu kalu bukan musim durian, jadi port diorg lak buat keje2 yg tak berfaedah lak..hmm..
Lepas kutip beberapa biji durian kami pun turun balik, jam dah kul 6 lebih.. Pastu Paklong ajak pi tgk Ladang Limau dia lak..Walopun mak dah ajak balik tapi aku dan alona 'on' je.. alang2 dah sampai situ.. Ladang Limau Pak Long terletak tak jauh dari umah Pak Long.. dulunya bendang, skang dah jadi Ladang Limau..Paklong kata limau2nya dia 'tolak' kat pasar malam, pasaraya, market..harga dalam rm1.50-rm2 sekilo..Sehari boleh kutip dalam 100-200 kilo.., "tapi tak tahan lutut la , pasal nak buat keje mengutip tu kena berlutut...", kata Pak Long.. Mmg cantik pemandangan kat situ, alona pun snap la sana sini.. tapi oleh kerana hari pun dah nak gelap, kualiti gambar pun tak brp elok sgt la.. Dah abis sesi melawat kami pun ke umah Paklong semula utk antar Pak Long balik.. Oleh sebab hari pun dah beransur senja, kami pun tak lama di umah Pak Long dan minta diri untuk balik..
Sampai kat Kamunting hari pun dah gelap..singgah Masa katering jap sebab nak isi perut yg dah lapor..