26 Januari 2011

Le Tour de Langkawi @ Taiping

Aku terpaksa parking motor 200 meter dr tempat acara diadakan dan melalui jambatan ini.. 

 Pagi semalam berlangsungnya stage 3 bagi LTDL tahun 2011 ini yg bermula dari Taiping ke Setiawan. Aku jarang sekali dpt mengikuti acara ini secara live sebab kalau ada pon laluannya di Taiping ni, ialah hari aku bekerja. Kebetulan pulak semalam ialah hari aku bekerja di kawasan Taiping maka dlm perjalanan balik bekerja ke Semanggol, dpt la aku menjengok acara2 yg diadakan di hadapan pintu masuk Zoo Taiping itu.. Tapi aku tak boleh la lama2 di situ, nanti tak jadi keje lak kan.. kamera yg ada pada aku pada masa itu pon hanyalah kamera henpon yg selama ini setia menemani aku kemana sahaja.. jadi dpt lah aku merakam serba sedikit suasana di situ..

Walaupon masih awal, tapi org ramai sudah mula berhimpon di tempat kejadian, termasuk lah budak2 sekolah dari sekolah2 yg berdekatan turut serta menyaksikan pelancaran stage 3 ini.. Pelbagai kiosk menjual barangan spt t-shirt dpt dilihat di situ. Kontinjen pelumba dikhabarkan oleh juruacara akan tiba dlm jam 11 pagi. Jam ditangan aku baru menunjukkan 10 pagi . Aku mengambil keputusan utk beredar bagi meneruskan urusan kerja..

Di bawah ini ialah gambar2 yg sempat aku rakam..




kumpulan trafik, petugas2 dan penaja2 



Antara suasana dan ragam2 yg dpt dilihat 


Himpunan Basikal Tua.. 

25 Januari 2011

Kembali berblogging..


Setelah agak sekian lama blog ini bersawang akhirnya aku updatekan jua.. Tapi pada kali ini dan akan datang pada kali2 yg seterusnya blog ini akan lebih berkonsepkan fotografi yg sememangnya menjadi kegilaan aku buat masa ini.. bersesuaian dgn tajuk blog yg dah bertukar.. InsyaAllah akan ku updatekan sekiranya ada waktu yg terluang dan keadaan yg mengizinkan..