19 April 2010

Cucu terbaru mak

30.03.2010
Hospital Besar Taiping, Perak

Adik aku, Ziti telah selamat melahirkan anak ketiganya yg telah dinamakan Dhia Zaharah Damia.

02 Februari 2010

Hepi Besday Ain & Anis

Pagi Sabtu hari tu...aku nak jogging dgn ALoNa, Angah & Akiss.
Tiba2 tipon kat rumah berbunyi. ALoNa yg angkat.
Rupa-rupanya Sela kol utk menjemput kami semua ke majlis besday yg katanya cuma dibuat kecil-kecilan. Lepas Maghrib katanya...

Lepas Maghrib tu hujan turun dgn lebatnya. Kami ke kedai terlebih dulu utk beli cenderahati utk Ain & Anis yg tak seberapa..hoho..

Abah sedang membaca doa selamat utk majlis tersebut..utk besday girls...dan utk semua. Amin.

Semuanya khusyuk mengaminkan doa yg sedang dibaca oleh Abah.

Tapi tengok lah Anis ni...main cak-cak dgn sape entah laa aku pun tak tau..

Sela dan Anas bergambar bersama anak2 kesayangan.
Hepi besday utk Ain & Anis. Semoga jadi anak yg solehah..

Kata pulut ngan bihun goreng aje..
Tapi tengok laa tu. Penuh satu meja...
Ketat perut aku malam tu.

Tgk Piluih tu..sedap sangat laa tu..bertambah2.

Budak ni mmg suka sgt bergambar. Aku nak ambik gambar pun senang..

Abah dan mak malam tu hepi..Alhamdulillah.
Hepi adalah satu terapi utk tubuh badan jugak.

Jadi...tengok la gambar2 di atas utk menceritakan suasana majlis tu. Malas aku nak taip pjg2.

Hah!! tgk la muka aku tu..
Mmg muka malas nak taip panjang2..

31 Januari 2010

Bahagian akhir di Batu Kurau

Hari ni aku buat edisi last.
Takde cerita apa sangat dh.
Dah takde idea dh ni...

Amik gambar kenangan abah bersama TokLang yg sedang rancak bersembang..

Pengantin bersama saudara-mara dari Kedah.
Entah lah..aku pun tak berapa kenal ngan depa2 ni.

Abg Mail, Amir dan Filzah berlegar2 selepas dh kenyang...haha..

Pengantin bersama bapanya serta ibu2 saudaranya...

Aramakkkk..rajin laa pulak suami si Ayu ni mengagih2kan bunga teloq kat famili isteri dia!!

Bergambar beramai-ramai bersama pengantin. Acara ni adalah satu kemestian kalu pi kenduri kawen saudara-mara...

Dah bergambar tu..acara bersembang2 laa pulak.

Kak Nor, UYui dan Piluih. Turut jadi tukang cukup korum adalah Akiss.

Sedang menapak ke kawasan mesjid semula. Sambil menjinjing beg2 cenderahati masing2..hehe.

Dh balik dari Batu Kurau..mak ajak gi kenduri kak Sal pulak.
Ramai yg tak mau p. Ikutkan aku pun rasa malas je nak p..tp mak beriya mengajak. Jadi...aku, ALoNa, kak nor, Anas dan Amir pun ikut laa mak menapak ke rumah kak Sal.

Yg lain semua makan. Ada yg makan nak merasa2 aje. Ada yg pulun lagi, hehe..

Yang lelaki tu laa anak Kak Sal.
Rombongan pengantin perempuan tu satu bas gak laa mai..

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hatiiii...

28 Januari 2010

Pengantin & soru.....

Sampai2 kat rumah besan Toklang..rupa-rupanya pengantin ada dua pasang la. Satu krim...satu biru..
Aku pun tak tau yg mana satu agaknya Ayu anak Toklang tu. Tapi aku main agak2 aje la. Mesti yg ada rupa Toklang lelaki ataupun Toklang pompuan...
Mesti pengantin karer birru...

Ini laa pasangan pengantin yg merupakan anak Toklang dan menantu toklang..
Katanya Ayu ni keje kat Batu Kurau. Suami dia keje kampung..mungkin keje sendiri laa agaknya kot.

Ni pasangan lagi satu. Yang ni aku tak tau laa pulak mana satu anak tuan rumah. Yang aku tau..salah seorang pengantin ni orang Pahang.

Ni sesi santapan...makan beradab. Walaupun depa makan tak duduk saling mengadap tapi masa makan tu kena la ada adab..kuikui..
Seperti biasa..pengantin tak makan banyak sgt, hoho..

Seronok nampaknya Toklang hari ni..
Tp..Toklang tu aku nampak mcm kurang sihat je hari tu. Dulu bukan main sihat berkawad sana sini, jadi jurulatih BTN dan sebagainya. Tapi biasa laa..orang dh veteran.

Ni sesi kami makan laa pulak. Penuh la dua buah meja pjg khas utk keluarga pengantin tu kami segerombolan yg konker.

Abang Mail seronok dpt cenderahati beg merah. Sebab bukan semua dpt yg tu..
Kami yg lain2 dpt yg beg biru tu aje. Pasal tu pun leh ada sesi mengusik. Biasalah..kalu dpt kat anak2 Hj. Aizam ni..bab usik-mengusik tu jd meriah. Tambah pulak ada Sela, Maton dan ET....kukik..kukik gelak2..

Anak dara kak nor dan anak2 dara kak Idah.

Aku tengah memilih nak makan dadih yg mana satu. Keladi ke stoberi..
Walaupun dadih tu dh cair (mgkn disebabkan cuaca yg sgt hangngat!!)...tapi sedap rasanya..

Sesi bergambar di meja santapan.

Yang lelaki tu anak Toklang dengan wife dia. Entah laa..aku pun tak tau nama dia. Dia pun tak bermalam kat rumah mak. Katanya sebahagian rombongan menginap kat homestay.

Ada lagi...nanti aku sambung. Idea tengah kering ni..tapi disebabkan nak perabeh citer..kena laa gagahkan buat jugak.

20 Januari 2010

Part 2

Nasib laa aku terajin pulak hari ni nak update lagi cerita rombongan TokLang ni. Line internet pun ok pulak malam ni. Ngadap FB pun takde apa sgt. Forum binabadan aku tu pun udah abeh belek2..Jadi, aku cuba la update setakat yg aku termampu.


Ni pulak cerita dari nak berangkat sehinggalah menapak nak ke rumah besan TokLang tu.

Mula2 Yui Utui nak naik van...

Pastu..mama dia ajak naik keta ngan mak teh pulak. Keter kosong..

Semua tengah tak sabar nak naik keter...
Dah lama sangat bersiap tp tak jalan2 lagi..

Last2..van ni dinaiki oleh kanak2 akil baligh dan belum akil baligh. Mak pun seronok nak naik van dengan cucu-cucunya.

Keluarga Hj. Aizam konvoi 3 keter 1 van.
Keluarga Toklang aku tak pasti berapa kereta sebab....ada yg menginap homestay katanya. Tau2..depa pun sampai kat masjid yg sama.

Kat sini...cuaca sgt hangat..
Muka aku ngan Anas pun dah berkeriot-keriot...

Aii..bila dh lawa2 ni..depa soh aku tangkap gambaq depa.
Masing2 cuba kontrol cun.

Mula2 mama dia nak posing ngan anak teruna dia. Dah abeh SPM budak ni, no..
Cenggini ler baru betul kalu dikatakan..DAH BESAR PANJANG...

Mak Teh dia pulak nak bergambaq ngan Piluih.
Akim tu rasanya besar nanti tinggi menggalah mcm Piluih ni ler agaknya.

Akhirnya..semua nak bergambaq ngan Piluih ala2 hero Korea ni.

Sesi melepak sebentar.
Aku pun tak tau lah depa semua ni dok tunggu apa.
Aku ngikut aje.
Nak kata tunggu pengantin..takkan laa depa tak siap2 lagi.
Dah lebih masa dah ni. Jam dh pukul berapa??

2 gambar yg sekali pandang mcm sama tp byk beza.
Cubalah cari 10 perbezaan. Mesti boleh dpt punya...
Kat FB...ET kata muka Piluih nampak lain..hehe..
Memang diakui..nampak lain. Mcm apek pun ada..

Perarakan pengiring2 pengantin dari masjid ni takde guna pun. Saja2 la pun bawak dulang2 cenderahati tu. Takde makna satu sen pun!!
Pasalnya...kat rumah kenduri kompang dah pun pak..pung..pak..pung. Pengantin tak tunggu pun. Jadi, kami pun tak tau laa yg kami ni dok iring siapa. Ni mesti miss communication ni...