24 April 2009

Apa cerita?

Tup-tap-tup-tap tahun 2009 dah nak hampir separuh berlalu.. bulan April pun dah tinggal bbrp hari lagi..cepatnya masa berlalu..
Apa cerita.. ada byk cerita kalau nak aku ceritakan tapi biarlah cerita2 itu hanya tinggal cerita sahaja.. ..Sebenarnya kat sini aku lebih selesa nak cerita alkisah keluarga aku saja..takde siapa pun yg akan marah.. kalau marah pun aku marah kat diri sendiri..kalau sensitif pun aku sendiri yg terasa sensitifnya..hahaha.. Mungkin org akan kata aku ni syok sendiri.. tapi lantak la, asalkan aku tak menyusahkan org..Jadi kepada anak cucu Hj. Aizam yg nak jugak ceritanya dimasukkan disini, boleh la hantar e-mail kat aku kat eldiair@yahoo.com dan aku akan siarkan dgn izin ataupun kalau nak jadi penulis kat sini pun aku akan benarkan.. takde masalah..no problem at all.. Just e-mail me..

Kebanyakan dari cerita2 aku dah tersiar kat gebang fp dan blog cintamaniszlite, jadi takyah la aku nak post bende yg sama.. Alona mmg rajin update blog dia..kisah dia kisah aku jua.. Ye lah.. kawan2 dia dan adik-beradik dia pun ramai yg dok jauh2 belaka.. jadi itulah salah satu cara dia nak berkomunikasi dan menceritakan kisah suka duka dia. Tu lah.. sekarang ni dunia dah maju.. kalau zaman dulu takde bende internet2 ni.. nak harap talipon je mmg parak duit..nak tulis surat lagi la malas.. sekarang ni dunia mcm dah terasa kecik.. dok kat mana2 ceruk pun masih boleh nampak muka.. sampai Osama bin Laden pun takut nak guna bende2 teknologi ni semua..Teringat aku kat satu iklan TM, "Apalah ertinya teknologi kalau kita tak mahu menggunakannya.." Huhuhu.. ayat yg mmg 'makan dalam' tu..

Salasilah pun aku tak update lagi.. apsal sekarang ni aku rasa macam sibuk sgt?

11 Mac 2009

Mak & Abah dah bercicit!


Ni gambar eksklusif mak dan cicit sulongnya.. anak lelaki sulong kepada Azmyn Nadia dan Morfadzly ni namanya Azim Mikael.. lahir pada 22 Januari 2009 lalu.. Menurut myn, beratnya 3.0kg semasa lahir..

20 Februari 2009

Hepi Besday!!

Seminggu yg lalu aku menyambut hari lahir ku yg ke 40.. Hehehe.. dah masuk geng 40'an dah diri ku ini.. Alhamdulillah.. Selama ini aku bahagia dgn kehidupan aku dan bersyukur atas apa jua yg Allah kurniakan ke atas aku selama ini. Semoga apa yg aku kerjakan selama ini mendapat keberkatan dariNya..

Amin.

04 Februari 2009

Jubli Perak, Cameron Highland dan Tomei

Semalam rakyat Perak cuti.. cuti sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah..Daulat Tuanku!! Tak di nafikan ada yg terpaksa bekerja.. agaknya boleh claim overtime la kot..
Cuti yang sehari tu kami sekeluarga manfaatkannya dgn melancong ke Cameron Highland.. pergi dan balik hari je.. huhuhu..
Ye lah.. sejak di buka jalan Simpang Pulai - Bkt Raja bbrp tahun yg lalu, ke Cameron Highland bukanlah lagi satu destinasi yg memenatkan bagi org2 di utara semenanjung.. 2 jam je dah boleh sampai ke Brinchang kalau dari Taiping. Seperti biasalah.. pemandangan di sepanjang perjalanan mmg menarik.. org pun tak brp ramai sebab hanya negeri Perak aje yg bercuti.. jadi rasanya seperti pergi ke Cameron Highland pada 2004 dulu.. Deja Vu gitu.. huhuhu.. Aku pun taknak bercerita panjang kat sini pasal Cameron Highland ni pasal nanti aku akan ceritakannya di Gebang FP.. Buat masa ni tak update lagi.. tunggu masa yg sesuai dan bergantung juga pada kualiti line streamyx di rumah yg kejap ok kejap tak ok tu..Hehehe..
Sampai rumah jam dah hampir pukul 7pm.. cuma Nobi yg duduk di depan rumah.. mana Tomei? Matikah dia atau ditangkap org kah? Kebiasaannya dia akan ada sekali kat situ.. mengeliat-liat bila nampak kami dah balik..kehilangan Tomei masih menjadi misteri sehingga kini.. sedih juga bila ketiadaan kucing kesayangan keluarga ni..Tak sampai pun setahun lagi umurnya..Harap Tomei akan balik..

05 Januari 2009

Tahun Baru, Cerita Baru..

Selamat Tahun baru 1430H / 2009M kepada semua pembaca blog ini..

Tahun 2009.. satu tahun yang aku nanti2kan sekian lama..tahun yang mungkin akan memberi makna besar bagi aku.. mungkin..apakah itu? Yang pelik aku pun tak pasti apakah itu tapi aku agak pasti sesuatu akan berlaku.. cuma adakah ianya akan memberi impak yang besar atau kecil, Wallahu'alam..
Rasanya masih terlalu awal untuk aku memperkatakan tentang semua itu. Sekiranya masa itu sampai, panjang umurku, maka aku boleh bercerita di sini..InsyaAllah

Tahun 2009, semoga apa yang aku perkirakan sebelum beberapa tahun ini akan terlaksana di depan mata..segalanya berkemungkinan..

Harapan.. tiada apa yang aku perharapkan melainkan kebahagiaan dunia dan akhirat.Itulah juga yg aku doakan selalu. Semoga Allah makbulkan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Amin.

11 Disember 2008

Lama tak update..

Fuiyyo.. lama dah tak update blog ni... ada lagi ke pembacanya ni? Hehehe..

Takde apa la sgt yg aku nak update kat sini.. banyak citer aku dah curahkan kat fotopage tu..
Bebaru ni Raya Haji, byk la jugak lembu dan kambing ditumbangkan.. kat Masjid Expo je 10 ekor.. tu pun tak termasuk yg nak tumbangkan lembu /kambing di rumah sendiri..
GSL ari ni pun ada buat majlis tumbangkan lembu gak.. tapi bukan la atas maksud korban, cuma atas maksud sedekah je.. entah la samada aku termasuk dalam list ke idak dalam maksud tu..Sebab majlis ni dibuat kat quarters.. Aku ni kira 'org luar' la walopun dah lama aku jadi staff GSL ni.. pi meghenyeh kat sana kang tak pasal2 lak nanti kena sound "lu sapa?" karang..jadi panas pulak..hohoho.. ada hati yg terluka nanti..tapi tadi dah ada wakil quarters jemput aku tolong2 siang daging dan kenduri malam ni..tapi nak siang daging kebendenya.., dah jemput pun last minit.. mana la nak cari pisau , parang , goloknya.. kalu nak mintak tolong makan tu boleh le.. hehehe..
Itu je la apa yg terlintas dalam kepala aku sekarang.. sekadar nak update..

17 Oktober 2008

Syawal 1429H

Nak citer pasal raya ke? Takyah la kot.. sebab aku dah citer skit dah kat gebang fp.. malas nak ulang citer byk kali..

Syawal dah 17 hari hari ni.. rumah terbuka kelihatan di sana sini.. kebanyakan ahli politik la yg buat..in fact.. tahun ni aku tak dpt byk undangan.. kawan2 aku sorang pun tak buat.. GSL tahun ni tak dgr pun ura2 nak buat open house..agaknya itu la petanda ekonomi meleset kot..huhuhu..

Fikir punya pikir open house time raya ni dah jadi cam trend.. org nak mai umah pun kalu kena jemput open house baru la nak mai.. kalu setakat hidang kueh raya tu pakat juih mulut je la.. kalu tak di zahirkan, juih mulut dalam hati je ..hahaha.. (ada ka?)..
Budak2 zaman skang pun lebih bersikap direct.. " kami datang beraya dan nak duit raya..".. fuh! dasyat lagi power punya ayat..anak sapa la ni.. tak kenal pun.. even anak2 sedara aku pun tak penah aku dgr cakap camni.. "Takpe la.. budak2.."
Ini bukan citer rekaan.. ini citer betul2 yg aku alami sendiri di Hari Raya bebaru ni..

Pikirkan lagi.. org sekarang ni kebanyakan lebih memandangkan kebendaan.. roh Hari Raya tu tak dihayati.. Ikut trend tu boleh tapi biarlah di landasan yg betul.. Amalan ziarah tu adalah lebih besar nilainya dari makan-minum dan wang ringgit.. Kita pun tak hidup lama di dunia ni..Nak ziarah tak payah la tunggu dijemput.. tak payah tunggu Hari Raya pun..sekiranya ada kasih dan ingatan didalam hati pergilah menziarah sementara org yg kita nak ziarah tu masih bernafas..

Lagi sekali.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..