17 Januari 2010

Rombongan TokLang Bidin ke Jelai - Part 1

27hb Disember 2009
Ahad

Yeahh...terkejut ke ngan pembaharuan Gebang Akarkita ni?? hehe..ni atas dorongan ALoNa ler ni. Dia kata blog ni dh bersawang sgt. Tau la aku ni Batman, haha..

Ni aku nak masukkan cerita kami beramai2 ke Jelai, Batu Kurau bersama rombongan Toklang Bidin, hehe.

Sudah agak lama aku tak menitipkan kata2 kat sini apatah lagi meletakkan gambar utk disimpan sebagai kenangan. Tetapi bila tgk ALoNa semakin rancak masukkan mcm2 N3 di dalam CintamaniszLite..maka aku pun rasa teringin gak nak buat mcm tu.
Sementelah ada masa terluang dan streamyx hari ni pun okey..maka..dgn rajinnya aku masukkan gambar dan menceritakan serba-sedikit apa yg aku nak cerita, hehe.

Mlm sebelum tu kami lepak ramai2 kat umah mak. Kebetulan Maton sekeluarga pun ada balik. Mak habaq esok paginya nak kena bertolak ke Batu Kurau tu dlm jam 11pg.
Tetapi..jam 11pg..tak bergerak pun lagi. Tambahan pulak..dgr citer pengantin pi mekap dan pakai baju pengantin kat sebuah butik pengantin kat area Kamunting ni jugak laa.

Jadi sementara menunggu depa tu..Maton pun disolek oleh Sela. Nak melawa gak laa mcm pengantin, haha..

Yang si Khaira ni pulak..mmg suka nak bergambar. Jadi, aku pun hala laa kamera ke dia. Tgk laa berapa byk gambar dia aje ni, haha. Dengan rambut spring toing2 nya..Persis rambut Akiss dolu2..

Dah habes Maton..turn Kak Nor pulak. Adik nak bagi lebih jelita sekali-sekala..apa salahnya..sua je laa muka tu, kan..

Mana yg anak2 dara ni..semua dok tengok je ler. Amek ilmu tp tak mau pulak dimekap bila mak ndek dan mak teh depa dok semawa.

Sementara org dok bersolek kat dlm bilik depan tu..depa2 kat luar yg dh bersiap ni..ralit tengok Wipe-Out siaran ulangan.

Budak ni satu kelambu 12thn yg lalu. Sekarang dh besar2 dh. Dah masuk form 1 pun. Cuma Angah ni yg tak tinggi. Tgk kan si Akim tu..dh tinggi menggalah dh. Sama tinggi ngan Along.

Piluih ngan Mak Ngahnya. Semua ikut pi hari tu. Ipan aje taknak ikut...

Ni ler hantaran dari Ayu (anak Toklang) utk suami dia.
Tak tau la kenapa ada hantaran lagi. Dgr cerita dari Tok Ndak (kakak Toklang) masa kenduri kat Kedah dulu dh bawak dh. Kenapa ntah kali ni ada lagi.


Nota;
Ada mcm ALoNa buat tak?? hehe...

Tiada ulasan: