29 Julai 2009

Aku dan Geocities..

Hmm.. nampaknya jodoh aku dgn Geocities tak panjang.. Setelah sekian lama aku bersama mengharungi suka duka bersama akhirnya Geocities (sekarang ni Yahoo!Geocities) telah menghantar emel kepada aku menyatakan yg diorang akan menutup perkhidmatan free nya..
Selepas bulan oktober nanti, habis la semua website2 yg aku bina dgn geocities akan hilang dari alam cyber ini.. Sedih gak tu.. huhuhu.. Jauh disudut hati aku mengharapkan semua ini hanya gurauan saja..Tapi walau apa pun terjadi aku tetap kena terima hakikat..

Life goes on..

Alona pun dah angkut gambar2nya ke komputer, aku masih tak buat lagi.. Gambar2 lama tu yg paling aku sayang.. nanti akan ku angkut jua.. buat simpanan peribadi je..

Yang tinggal nanti cuma fotopages dan blogspot ni aje lah.. Semoga kedua2 domain ni tak ikut jejak langkah geocities plak..sekurang2nya dalam masa yg terdekat ni.. Kalu tak nanti nangis la bloggers2 kat seluruh dunia.. Huhuhu..

Tiada ulasan: