31 Julai 2008

Badung Camp

Setelah berharu-biru pada hari sabtu semalam, pagi Ahadnya pulak kami ke Badung Camp pulak.. tapi trip kali ni mmg dah ada dalam perancangan.. Sebenarnya plan nak pegi hari sabtu, tapi kebetulan anak2 pak Haji Alias (pemilik badungcamp http://badungcamp.fotopages.com/) pun ada yg bersekolah pada hari tu , maka plan di tunda lak pada hari Ahad.. Ada hikmahnya.. kalu tak lagi bercelaru la citer semalam.. huhuhu..

Seawal 9.00 pagi, selepas bersarapan ala kadar kami bertolak dari rumah menuju ke Bukit Gantang. Sambil2 tu msg Aji Alias yg kami on the way ke sana.. Sampai di umah Aji Alias, tgk Pak aji dah bersiap2 dah, Kak Rubi pun dah siap masak nasi dgn lauk2nya dan bubuh dalam mangkuk tingkat yg krom berkilat tu. Mmg rapi persediaan yg dibuat oleh Pak Aji dan kak Rubi ni.... Aku tgk kat whiteboard rumah pak aji siap ada map lagi.. agaknya untuk rujukan anak2nya nanti.

Lebih kurang kul 10am kami bergerak menuju ke badungcamp yg terletak lbh kurang 3km dari situ. Pak aji dan anak2nya arip, iliya dan sheila naik motor (3 bj motor) sementara anak dia yg nama Akma tu naik keter bersama kami..Kak Rubi tak ikut sekali sebab takut nanti semput katanya.. huhuhu..sampai dikaki bukit, setelah memakir kereta di tepi jalan, kami menapak lak. Pak aji kata jaraknya ke badung camp dari situ ialah 1.5km aje.. orait la tu..

Pak aji sorang je naik motor ke atas..siap ada raga di belakang.. sebab senang nak angkut barang2 ke atas dan nak angkut hasil dusun bila turun nanti..

Perjalanan mendaki mengambil masa lebih kurang 1/2 jam, di samping tu pak aji siap bagi assignment lagi kat anak2nya yg bertajuk 'tumbuh-tumbuhan yg boleh di makan dan mempunyai nilai komersial'.. huhuhu.. dasat pak aji ni.. jadi sambil jalan2 tu kena la melihat dan mengenal pokok2 di sekitar.. bagus idea ni.. aku, alona dan anak2 aku pun boleh belajar sekali..

Sampai di badungcamp kami berehat sekejap di pondok yg satu2nya terdapat kat situ..sambil tu kutip2 buah durian yg gugur dan acara latihan meniti diadakan utk anak2..Selain pokok durian, ada jugak pokok2 limau dan manggis di situ.. tapi yg paling best, ada anak sungai berhampiran dgn tanah dusun pak aji Alias ni..Mukabumi yg berbatu di situ telah membentuk tingkatan2 air terjun secara semulajadinya.. memang cantik..mmg berbaloi..Di kesempatan ini aku dan alona mendokumentasikan dalam bentuk video dan gambar sebagai kenangan.. Lama juga kami di situ.. geng bebudak la yg paling seronok, menggelongsor sana sini.. aku tak join sekali sebab sibuk sgt explore air terjun tu.. ada ketikanya stop sekejap kopek durian pulak.. pastu sambung lagi..panjat sana, panjat sini, snap sana snap sini...tak cukup dgn gambar, shoot video plak..Pastu lapar balik..hehehe.. Pak Aji siap bawak sotong kering lagi.. fuh.. bakar sotong pulak kat situ.. Bab bakar2 ni along la yg paling suka.. tunggu sampai habis sotong2 kering tu..Budak2 yg seronok mandi tadi pun lapar.. sejuk terketar2 dah..Bekalan yg disediakan Kak Rubi tu la jadi sasaran, sedap Kak Rubi masak.. selera betol kami makan..sampai bertambah2..hehehe.. sambil2 makan tu aku talipon mak.. tanya jadi tak ke Pdg Rengas ptg ni..mak kata kalau jadi kul 4pm..
Lebih kurang kul 2pm, kami pun berkemas2 untuk balik, sebelum tu pungut durian dan letak dalam raga atas motor, korek pokok tepus, panjat pokok manggis lagi.. dapat la dlm 20 bj.. tu pun tak termasuk yg dah di makan! Pastu kami pun berduyun2 la turun (sambil dgr lagu tango2 dari h/p salah sorang anak aji alias.. hehehe..).
Lebih Kurang kul 3pm, sampai kat umah Aji Alias semula..ingatkan nak terus balik tapi Kak Rubi hidang air pulak..Kena la lepak jap..Lagi pun Hj Alias nak pi kebun dia nak amik rambutan..aku ikut sekali..bawak motor Aji.. takde la jauh sgt.. tak sampai 1 km pun..Pak Aji kata kebun tu ada la dalam 1 ekar.. bekas sawah padi.. durian ada, rambutan ada, cili api pun ada..Selepas sudah kait rambutan dan petik cili api kat kebun tu lebih kurang, aku dan Pak Aji kembali semula ke rumah Pak Aji..Beberapa minit kemudian kami pun mintak diri utk balik....Pak Aji bekalkan kami dgn durian dan rambutan..huhuhu..berbanyak terima kasih la Pak Aji dan Kak Rubi atas layanan kat kami ari tu.. ada umur kita buat lagi.. InsyaAllah..
Alhamdulillah.. segalanya selamat..tiada sebarang masalah dan kemalangan serius berlaku sepanjang aktiviti ini.. setakat tergelincir skit2 tu biasa la...

Ada lagi nak citer ni.. bersambung la pulak..

30 Julai 2008

Haru-biru!

Sejak 2 menjak ni terasa sibuk sgt lak diri ku ini... sampaikan nak lepak2 hujung minggu pun dah takde masa. Bukan sibuk pasal keje sgt tapi sibuk dengan aktiviti2 yg tetiba je muncul tanpa rancangan.
Bebaru ni dapat panggilan dari Mak suruh aku amik video majlis bertunang anak dia (Saiful dan Atikah)..Laa.. last minit baru nak kasitau.. mak kata atas permintaan Makcik Jama sendiri.. hehehe..(ni mesti ada org yg tlg promote ni kan..tapi takpe la..). Kelam kabut gak la ari tu, dah la along dan angah sekolah ari sabtu tu (ganti cuti raya), alona lak kena gi meeting PIBG KE-2 kul 12tghari (kes cikgu tipon last minit gak ni..). Susah gak kalu takde alona ni.. sebab alona ni mmg tugas dia amik still pic. huhuhu.. Mau tak mau dalam kul 11 lebih pi jugak la ke umah Makcik Jama yg terletak kat Tmn Mewah tu..Meriah gak, siap 1 khemah (cap BN, huhuhu) dgn buffet nasi lemak lagi, tapi aku tak sempat nak makan pasal dah tak cukup masa.. Lagi pun baru je lepas makan di Selera Malam terminal di Taiping tadi..Lepas shooting apa yg patut, hantar alona lak ke sekolah KE.. alona kata nak mintak kuar awal, sekali dgn along dan angah.. Sementara menunggu tu aku merayau la dulu..kedai games, kedai majalah dan Taiping Headworks (sebab nak terkencing..). Kat Taiping Headworks, pagar tutup.. jenuh tekan loceng tapi tak sapa pun bukak.. hampes betul.. terpaksa la aku undur (jalan kecik, takleh U-turn) dan tahan kencing.. huhuhu.. Kul 12.50pm Mak call kata depa dah sampai Bagan Serai..
Tepat kul 1 tghari aku dah terjengol kat dpn sekolah, lepas tu kami pun terus ke Bagan Serai, sambil2 tu call mak tanya lokasi umah tunang si saipol tu.. rupanya kat Taman Serai Permai, Matang Gerdu, Bagan Serai.. (dengar Mak sebut mcm Batang Perdu.. hehehe). sampai je kat umah tu terus je masuk, tgk2 tgh sesi sarung cincin.. Abah dah abis cakap dah.. (abah diminta jadi jurucakap pada hari tu..) alona sempat la amik gambar (versi lakonan semula.. hihihi), aku tak sempat nak shoot pun babak tu pasal org ramai sgt, sempat amik gambar salam2 dan cium2 pipi je..amik gambar dalam bilik, hantaran dll.. canteeek.. Tapi hidangan tuan rumah mmg best.. nasi dan lauk2 kampung..dgn sayur keladi masak asamnya, dgn sambal bacangnya, dengan ulam petainya..fuh.. mmg bertambah2 aku makan walopun dari tadi dok tahan kencing..
Balik dari Bagan Serai singgah kejap di umah Makcik Jama sekali lagi.. utk shoot apa yg patut..versi 'selepas' pulak.. Dah shoot lebih kurang kat umah tu kami pun mintak diri utk balik.. Tapi kami tak terus balik.. sebaliknya kami ke Giant jap. Sampai kat Giant aku pi tandas dulu.. (fuh! legaaa.. siap ada bau petai lagi.. hehehehe). Tujuan ke Giant ialah utk beli khemah along/angah.. Tujuan beli khemah tu sbb ari Jumaat ni along dan angah terlibat dalam aktiviti perkhemahan di sekolahnya.. Bukan takde khemah tapi khemah yg ada tu besar sgt, 6 men punya.. ntah reti ke idak along pasang tu nanti.. tak sesuai utk diorang. Jadi, beli yg 2 men punya.. Lepas shoping lebih kurang kat situ, alona beli aiskrim plak kat luar giant tu.. (aktiviti biasa bila pi giant.. ) Lepas makan ais krim kat giant tu baru la kami balik ke expo.. Penat kami tak abis lagi.. esoknya ada aktiviti lain plak menanti.. ber..sambung lak citer ni ..huhuhu..

16 Julai 2008

Sibuk..

Dah lama tak update blog ni.. sibuk betul la aku sejak 2 menjak ni.. sejak minyak naik rm2.70 ari tu rasa sibuk lak aku.. hehehe.. Alasan yg clithe.. ye la.. aku pun mcm org lain gak.. ada masa sibuk ada masa tak sibuk.. tapi bohong la plak kalu ada yg kata dirinya itu sibuk memanjang 24 jam.. PM pun takde la sibuk sampai camtu!

Aku pun takde mende yg aku nak citer.. kalu aku citer pun balik2 pun itu la jugak.. selebihnya rajin2 la jengok fotopage tu.. kebelakangan ni aku mmg rajin update fotopage.. Nak harap adik beradik yg lain tlg updatekan.. emm.. rasanya takyah la aku nak harapkan sesapa.. blog ni pun aku takde target siapa pembacanya.. aku ikhlas menulis walopun tulisan aku ntahapa-hapa..cuma buat masa sekarang ni aku nak low profile je.. alona pun nak low profile.. cuma jika tak pepasal kena ketuk kepala je aku akan jadi high profile skit.. huhuhu.. Bukan nak mempertahankan sesapapun tapi cuma untuk mempertahankan kebenaran diri sendiri apa salahnya.. Orang lain nak diamkan diri itu diorg punya pasal.. Selama ni aku adil atas diri aku sendiri.. kalu betul aku kata betul dah kalu salah aku akan ngaku salah.. dan aku takde masalah dengan semua tu..

Setelah sekian lama menyepikan diri dari aku dan alona ..sekali sekala tu ada terdengar gak sayup2 suara dari timur jauh sana.. walo pun tak direct, aku cuma jadi pendengar je la.. dah org nak citer takkan le nak tutup telinga plak.. kann.. Dengar mcm ada sesuatu tapi aku tak brp pasti ape maksudnya...OK stop la sampai sini bab ni.. taknak komen ..

20-22 Jun - Aku dan family menyertai rombongan GSL Family Trip ke Langkawi.. sebagai group yg pertama ke sana..keseluruhannya mmg puas hati la.. taknak citer lebih2 pasal semuanya alona dah citerkan dalam blognya..

Bebaru ni Makcik Bonah dah kembali ke Rahmatullah. Aku tak sempat nak lawat jenazah atas sebab2 yg aku takleh nak elak.. Al-Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

Kat selinsing sekarang musim rambutan.. semua pokok berbuah lebat. Pokok yg besar tu pun lebat buahnya.. buah pun sedap dan lemak berkrim disukai ramai.. huhuhu.. Manggis pun tak kurang hebatnya.. kira tahun ni mmg puas la anak-cucu Haji Aizam dan Hjh Aishah makan rambutan dan manggis.. Durian selinsing nampaknya tak menjadi tahun ni.. Kat Pdg Rengas tak tau la.. Pak Long Tahir pun senyap je.. maknanya takde apa2 berita lagi la tu..